10 Aktres Mendapat Bayaran Tertinggi Di Dunia

Tidak seperti di Malaysia, aktor dan aktres di Hollywood Amerika Syarikat, tidak pernah meletakkan umur sebagai cagaran untuk berjaya dan mendapat pendapatan lumayan, tertinggi dan termahal di dunia. Jika anda bagus, berkarisma, mempunyai aura dan pesona yang membuatkan satu dunia tergilagilakan anda, walau anda sudah berumur 40-50 tahun sekali pun, anda tetap akan berjaya dan dibayar dengan harga bernilai jutaan ringgit! Majalah penerbitan terkenal FORBES, telah menyenaraikan 10 aktres di Hollywood yang mendapat pendapatan tertinggi untuk tahun 2011-2012.

Tempat ke : 10.
Aktres : Jennifer Aniston (43 tahun)
Lahir : 11 Februari, 1969
Earning : USD $11 million

Movie hit yang terbaru dilakonkan oleh Jennifer Aniston adalah Just Go With It, bersama Adam Sandler. Membawa watak pembantu doktor yang kemudian telah jatuh cinta dengan doktor itu sendiri. Tetapi, sebuah lagi movie yang dilakonkannya Horrible Bosses lebih membawa kejayaan kepadanya di mana beliau membawa watak boss yang aggresif seks.Berbanding sewaktu beliau berlakon dalam hit series, FRIENDS, dengan gaji $750 ribu – $1 juta dollar bagi setiap episod, 11 Juta dollar untuk 2 movie, menunjukkan Jennifer, 43 tahun, masih HOT dan relevan kepada industri perfileman dunia dan layak berada dalam senarai Top 10.

Tempat ke : 09
Aktres : Kristen Wiig (39 tahun)
Lahir : Ogos 22, 1973
Earning : USD $12 million

Mungkin tidak berapa terkenal dan pastinya ramai yang tidak menyangka beliau boleh mendapat bayaran tinggi, tetapi Kristen Wiig membuktikan sebaliknya! Sudah 39 tahun dan cukup aktif di dalam rancangan komedi popular di Amerika, The Saturday Night Live. Tahun ini beliau telah membintangi sebuah filem komedi, Bridesmaids dan seterusnya akan berlakon pula di dalam, Friends With Kids. Nyata beliau semakin sibuk dengan filem terbaru yang akan dilakonkannya nanti bersama Ben Stiller, The Secret Life of Walter Mitty.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five + 13 =