Menurut buku The Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

Menurut buku The Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

  1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang bijak berkomunikasi, dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

  1. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-manshow. Seringkali ia memerlukan bantuan orang lain. Jadi, salah satu faktor untuk menjadi jutawan, anda perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.

  1. Semangat persaingan tinggi

Kebiasaannya untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu bersaing – sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa. Faktor ini juga cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.

  1. Kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada di kedudukan teratas dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers,” mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita kerana ia merupakan faktor kepimpinan yang berkualiti untuk memastikan seseorang mampu menjadi jutawan.

  1. Mencintai karier / perniagaan

Seorang jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

  1. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Kebanyakan orang menghabiskan masa kurang dari  50 jam seminggu dalam karier atau perniagaan. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70 jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai tahap jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

Bersambung….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − one =