Pada keluaran yang lepas, seramai tiga orang pelajar kursus Internet & Social Media Marketing (ISMM) telah didedahkan. Mereka adalah di antara ratusan pelajar yang telah mengembangkan langkah dalam bidang perniagaan Internet.

Kebanyakan daripada mereka itu bermula dari “zero.” Daripada tiada sebarang perniagaan di Internet, tetapi kini mereka telah memiliki sesuatu yang boleh dibanggakan, malah memberikan sumber pendapatan bulanan. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka bukan sahaja boleh buat satu bisnes online, malah lebih banyak selagi mana mereka mahu. Inilah kelebihan perniagaan Internet, semua orang mampu melakukannya dengan modal yang rendah. Kali ini, kami ketengahkan tiga lagi pelajar ISMM yang mungkin boleh memberikan inspirasi kepada anda untuk turut mengikut jejak langkah mereka!

Ahmad Farid Ahmad Fathi

Pekerjaan Semasa: Projek Arkitek

Produk: Dirham / silver

Web: DuniaDirham.com.my

Ahmad Farid merupakan seorang projek arkitek, namun mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang perniagaan Internet. Beliau menetapkan sasaran, suatu hari nanti beliau hanya melakukan perniagaan sendiri dari rumah dan mempunyai pendapatan pasif. Disebabkan tugas dan jawatannya sekarang, sering mebuatkan dirinya tidak mempunyai masa, akhirnya beliau memikirkan satu jalan keluar secara beransur-ansur.

Atas matlamat itu, beliau mendaftarkan diri sebagai pelajar kursus ISMM. Katanya, salah satu sebab kursus ini menarik minatnya adalah kerana ia dikendalikan oleh jutawan Internet sendiri, iaitu Irfan Khairi. Peluang ini tidak dilepaskan oleh beliau untuk mempelajari bidang perniagaan.

Beliau menceritakan secara ringkas mengenai produk yang diniagakan, “Duniadirham.com.my adalah web perniagaan yang fokus kepada penjualan dirham/silver sebagai salah satu kaedah untuk membantu semua orang membuat simpanan pintar dan melipatgandakan harta mereka. Saya menjual dirham/silver ini kerana nilai silver yang tiada susut nilai, tidak boleh dimanipulasi dan mampu melindungi harta anda dari inflasi.”

Katanya, beliau mendapat idea untuk menjual dirham setelah diperkenalkan oleh salah seorang mentor beliau dan semakin yakin apabila seorang pakar kewangan (Robert Kiyosaki) mengatakan, “Silver is the best investment ever.” Beliau ditanya, adakah kursus ISMM ini membantu dirinya, jawab beliau, “Kursus ini mengajar saya cara perniagaan internet dengan betul serta tip dan pengalaman sendiri dari Irfan Khairi yang telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan internet. Kelebihan apabila mengikuti kursus ini adalah saya diajar dengan terperinci secara teori juga sesi praktikal untuk memulakan perniagaan online.”

Matlamat beliau bukan sahaja untuk bebas bekerja sendiri, tetapi melalui perniagaan yang dilakukan, beliau mahu membantu orang ramai yang ingin mempunyai pendapatan pasif dan simpanan yang kalis inflasi.

Siti Normah bt Mahmudin

Pekerjaan Semasa: Wedding Planner (sepenuh masa)

Produk: Perkhidmatan perancang perkahwinan dan gubahan

Web: OrchidsCreation.com.my

Pada asalnya beliau hanya sukasuka membuat gubahan, sebagai hobi dan kemudian melakukannya untuk perkahwinan adiknya. Setiap kali ada gubahan baru, ia akan dikongsikan di blog. Tanpa disangka, ada orang yang berminat dengan gubahannya dan mahu menjadi pelanggan beliau. Semenjak dari itu, bermulalah perniagaan gubahannya. Walaupun sudah memulakan perniagaan gubahan itu, tetapi beliau membuat keputusan untuk menyertai kursus ISMM bagi mengetahui lebih mendalam lagi ilmu perniagaan Internet.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 15 =