3 Mentor Jutawan

Cara terbaik mencapai kejayaan dalam kewangan dan perniagaan adalah dengan mengikut jejak langkah mereka yang sudah berjaya. Kita tidak perlu mencipta satu kaedah mencapai kejayaan yang baru. Dengan mempelajari kaedah-kaedah mereka yang telah berjaya dan implementasi kaedah tersebut kepada diri sendiri, kita bagai dimentor oleh jutawan!

3 Mentor Jutawan

Bill Gates

Bila sebut mengenai manusia terkaya di dunia, sudah pasti nama Bill Gates terbayang. Bill Gates ketika muda adalah seorang yang amat cerdik. Sering menjadi pelajar terbaik di sekolahnya, terutama dalam bidang matematik dan sains sehingga berjaya ke Harvard University.

Satu perkara mengenai Bill Gates adalah minatnya terhadap komputer. Apabila didedahkan dengan ciptaan komputer pertama, ianya bagaikan cinta pandang pertama! Komputer dan programming membuat Bill Gates teruja dengan teknologi ini dan beliau mendalami ilmu programming. Oleh kerana kepintarannya dalam bidang matematik dan sains, segalanya menjadi mudah. Minat dan keghairahan Bill Gates terhadap komputer dan programming, menjadi pemandu utama dalam mencapai kejayaan sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Pengajaran : Lakukan apa yang anda minat! Kekuatan yang anda ada kini boleh menjadi idea perniagaan untuk meraih pendapatan yang lumayan. Dengan melakukan sesuatu yang kita sedia minat, ia akan memudahkan jalan kita mencapai kejayaan. Dengan adanya minat maka ia akan memandu semangat kita untuk pergi ke tahap yang lebih tinggi.

3 Mentor Jutawan

Jackie Chan

Siapa tidak kenal Jackie Chan. Sebut sahaja namanya terbayang kita dengan lagak aksi-aksi kung-fu beliau yang hebat dan lucu, di dalam filem-filem Hong Kongnya yang sentiasa evergreen serta filem-filem baru Hollywoodnya.

Namun, menjadi seorang superstar Asia ke peringkat antarabangsa bukan berlaku sekelip mata. Jackie Chan dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Pernah dilaporkan bahawa semasa ibunya mengandung, lantaran kemiskinan, mereka tidak melahirkan Jackie Chan sehingga 12 bulan, yang mana akhirnya terpaksa melakukan pembedahan!

Sewaktu muda, Jackie Chan sudah minat dengan seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan do, Judo, Wing Chung dan banyak lagi. Disebabkan hidupnya yang serba kekurangan, Jackie Tinggal di flat yang mempunyai satu bilik sahaja.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 1 =