30 Tip Mudah Kewangan Peribadi

Mengetahui tentang tip-tip menjaga, mengawal serta menguruskan kewangan peribadi, pastinya akan dapat membantu kita untuk memiliki hidup yang selesa. Jom sama-sama kita check it out!

1) Setiap kali dapat gaji, utamakan simpanan dahulu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah gaji. Kemudian, selesaikan bayaranbayaran penting seperti bil, bayaran pinjaman dan lain-lain. Kemudian barulah gunakan untuk keperluan sara diri.

2) Hidup biar ringkas, tetapi kaya dan senang hati. Hidup akan lebih tenang apabila kita tidak banyak barang yang disimpan di rumah yang tidak memberikan apa-apa nilai kepada hidup.

3) Sebelum membelanjakan wang terutama duit gaji, rancang terlebih dahulu, iaitu dengan membuat belanjawan (bajet). Dengan merancang ‘di atas kertas,’ pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih terurus. Malah mungkin ada duit lebih yang boleh disimpan atau digunakan! Sebaliknya jika tanpa perancangan, wang anda boleh mengalir deras (habis) tanpa dapat dikawal.

4) Wujudkan segera dana kecemasan. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan anda lakukan jika tiba-tiba kenderaan anda rosak?

Itulah satu-satunya kenderaan untuk pergi bekerja. Sudah pasti botak kepala memikirkan dari mana mahu dapatkan wang untuk bayar kos penyelenggaraan. Sebaliknya anda masih boleh tersenyum, jika anda mempunyai dana kecemasan! Dana kecemasan adalah berbeza dengan simpanan biasa. Dana kecemasan adalah untuk membayar kos-kos yang tidak dijangka.

5) Jadikan sedekah sebagai kebiasaan dan seperti perkara “wajib” diutamakan. Sebaiknya, sedekah itu bukan kerana ada duit lebihan. Dikatakan oleh ahli ilmu agama, sedekah yang terbaik adalah sedekah di waktu kita kesusahan.

6) Rekodkan segala pendapatan (duit masuk) dan juga perbelanjaan (duit keluar). Kelebihan amalan ini adalah kita dapat mengenal pasti “kebocoran” wang, iaitu belanja ke arah perkara yang tidak bermanfaat. Selain itu, kita juga akan dapat memahami tabiat kewangan kita.

7) Bagi penganut agama Islam, tunaikan tanggungjawab anda, iaitu zakat. Zakat bukan sahaja penyuci jiwa, hati dan harta kita, malah akan meluaskan lagi pintu rezeki kita. Pihak kerajaan juga memberi pengecualian atau pengurangan kadar cukai untuk pembayar zakat.

8)  Beli sebuah buku kewangan setiap bulan. Baca, faham dan amalkan. Dalam setahun anda sudah baca 12 buah buku, dan ini akan membantu anda mengemudi kewangan anda dengan lebih hebat!

9) Gunakan perisian pengurusan kewangan. Bagi anda yang tidak suka menulis di buku ataupun kertas, mungkin perisian digital sesuai untuk anda. Paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan aplikasi seperti Microsoft Excel.

10) Sebelum ke pasaraya, sediakan senarai barang yang akan dibeli dan sediakan bajet yang mencukupi. Elakkan membawa lebihan tunai bagi mengelak anda membeli barang yang tidak diperlukan.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 7 =