5 Idea Bisnes Facebook

Atas respons yang menggalakkan tip facebook di keluaran isu8, kali ini kami sediakan satu lagi tip-tip yang berkaitan dengan menjana pendapatan di Facebook, yang boleh anda lakukan.

Idea 1: Menjadi Konsultan Pengurusan Berat Badan

“Niche” (topik) pengurusan berat badan, sama ada menurunkan ataupun menaikkan berat, termasuk membina badan, adalah bidang yang sentiasa mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar. Namun seperkara yang penting adalah, ‘jangan’ jual produk, tetapi berikan nilai kepada orang yang mahu mencapai keinginan mereka.

Sebagai konsultan pengurusan berat badan, tugasan anda yang utama bukan menjual produk, tetapi memberi galakkan, panduan, tip dan perkongsian pengalaman kepada pelanggan. Segala pertanyaan mereka, anda jawab dengan jujur dan ikhlas, dengan niat membantu mereka. Tetapi, ia mempunyai dua peringkat, iaitu jawab soalan-soalan asas secara percuma dan kongsikan di wall Facebook Page anda. Kemudian menawarkan program khas di mana anda akan membantu pelanggan mencapai matlamat mereka.

Dalam program khas ini, tumpuan anda bukanlah kepada produk, sebaliknya berusaha membantu pelanggan, tetapi dalam usaha itu, anda menggunakan produkproduk berkaitan. Andaikata anda hanya memfokuskan kepada kehebatan dan ciri-ciri produk, para pelanggan sukar ditarik menjadi pembeli kerana fikiran mereka adalah mencari penyelesaian dan orang yang boleh membantu. Setiap tulisan anda di Facebook, sebahagian besar adalah manfaat yang bakal diperolehi oleh pelanggan anda, dan bukan sematamata ciri-ciri produk.

Idea 2: Membuka Komuniti Rahsia Berbayar

Facebook Group membolehkan kita membina komuniti sendiri dengan tiga jenis ketetapan (Settings), iaitu Open, Closed dan Secret. Untuk idea ini, gunakan sama ada setting Closed ataupun Secret agar kandungan di dalam group tidak dapat dibaca oleh mereka yang tidak menjadi ahli komuniti.

Idea ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang yang ingin dipelajari oleh orang lain. Sebagai contohnya, seorang penulis berpengalaman telah menawarkan kursus penulisan buku melalui Facebook group, selain berkomunikasi melalui emel. Hanya yang membuat bayaran sahaja yang dapat mengakses group tersebut untuk mendapatkan bahan-bahan pelajaran, latihan dan sokongan pengajar.

Kursus tersebut dijalankan selama 3 bulan untuk setiap kumpulan (batch). Menarik bukan? Antara idea yang boleh anda usahakan adalah seperti mengajar teknik penulisan bahasa Inggeris, mengajar teknik pemasaran online, konsultasi memulakan perniagaan dan banyak lagi. Anda perlu sediakan bahan-bahan pelajaran dan berikan kepada peserta secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dirancang (ditetapkan).

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 10 =