5 Idea Hadiah Bajet - Tidak Mahal, Berpatutan dan Pasti Dihargai

Funny jugak bila teringat kembali sewaktu Bro Razzi berada di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur yang tersergam indah last week. Kebetulan, saya telah berkesempatan untuk menemui satu couple cukup saling sayang menyayangi… Tapi, asyik bertekak tentang HADIAH. Yup!, itulah yang menjadi persoalan mereka, itulah yang menjadi topik hangat sehingga selalu membuatkan pertelingkahan berlaku dengan bertikam lidah tak habis-habis.

Kata pihak wanita, hadiah yang diberi pasangan lelakinya itu selalunya, samada tidak romantik atau langsung tak kena dan tidak menepati ciri-ciri kesukaannya, jauh sekali apa yang dia mahu dan diminatinya!

“Hehe…asyik komplen je orang pompuan eh”

Kata pihak lelaki pula, hadiah-hadiah yang diterimanya pula terlalu feminin! Tidak menepati cita rasanya sebagai seorang lelaki tulen. Tercabar pulak rasanya tu. “Barangkali girlfriend dia terlupa, lalu membeli untuk dia sendiri kut? Hehe”

Well, nak tahu hadiah-hadiah apa yang mereka pernah terima? Teman wanitanya telah menghadiahkan pasangannya hadiah-hadiah yang sememangnya ‘Girly’ atau feminin gitu, seperti bunga-bunga, buku resipi, baju yang bercorak bunga dan berwarna terang! – Bagi teman lelakinya, semua itu BUKAN DIA!

Tapi Bro Razzi pun curious jugak ni, apa pendapat you all tentang hadiah-hadiah kepada lelaki ini?

Teman lelakinya pula telah menghadiahkan pasangannya dengan hadiah-hadiah yang to her, tidak romantik langsung, seperti, tiket bola, pen, kupon, wallet, krim jerawat…

WO! Bagaimana pulak dengan pemberian boyfriend dia ni?

Sebenarnya, memberi hadiah kepada yang tercinta juga kena ada seninya ya…tak boleh nak bagi ikut sedap kita je. Kena tahu bagaimana memberi hadiah yang boleh membuatkan kekasih kita rasa dihargai, rasa anda mengambil berat tentang keperluannya, minatnya, apa yang amat disukainya…barulah romantik!

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =