6 Hingga Terbenam

Sekiranya anda ingin berjaya menyampaikan mesej anda, atau anda ingin mempromosi produk anda, setiap usaha anda itu seharusnya sampai kepada pelanggan dengan mudah, terang dan terpahat di fikiran mereka.

Lebih-lebih lagi jika perniagaan anda itu adalah berbentuk ONLINE atau mesej yang ingin disampaikan adalah melalui internet, ianya perlu diulangi berkalikali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda.

Six until it sticks…

Atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam!” – maksudnya cukup terang dan jelas, ulang dan ulang lagi sekurang-kurangnya enam kali agar apa yang hendak disampaikan itu terbenam di minda pelanggan.

Disebabkan terdapat pelbagai jenis perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan di Internet jadi, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.

Kesilapan yang sering berlaku adalah apabila kita membuat iklan hanya 1 kali sahaja, tetapi kita berharap beribu – ribu orang sudah mengetahuinya. Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual. Itu sudah satu miracle!

Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulangkan mesej perniagaan sekurang kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli.

Jadi, ingat formula ini :
“Enam sehingga terbenam!”

“Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet?”

Cara #1 : Gunakan BLOG seperti blogTip Satu minit IrfanKhairi.com. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog yang profesional dengan nama domain yang juga profesional adalah dimestikan!

Cara #2 : Gunakan FACEBOOK, paparkan gambar-gambar menarik mengenai produk anda, kongsikan ilmu, kongsikan informasi berguna, tetapi hati-hati, jangan asyik promosi sahaja di facebook anda, tetapi kena selang-seli dengan info penting.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + fifteen =