7 Cara Mudah Gandakan Jualan Online Anda

Salah satu perkara yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan Internet adalah mendapatkan jualan harian, mingguan dan bulanan yang memuaskan. Tidak mendapat jualan yang menguntungkan akan menyebabkan kewangan usahawan dan perniagaan akan terumbang-ambing.

Pada asasnya, untuk mendapatkan jualan bukanlah senang, tetapi apabila kita telah menemui kuncinya, cara dan rahsianya, ia akan menjadi suatu perkara yang mudah. Dalam artikel kali ini, anda akan didedahkan dengan 7 teknik menggandakan jualan produk. Menggandakan jualan bermaksud, jumlah jualan lebih banyak daripada biasa setelah beberapa teknik, strategi ataupun cara tertentu dilakukan.

1. Tambah jumlah prospek (trafik)

Semakin ramai bakal pembeli masuk ke laman web jualan, potensi untuk mendapat lebih banyak jualan adalah lebih tinggi. Mengikut kiraan mudah, katakan ada 200 pelawat sehari ke website dan ada 4 orang pembeli, maka jika kita gandakan jumlah pelawat kepada 600 orang (meningkat 3 kali ganda), maka kemungkinan kadar pembelian akan meningkat kepada 12 orang pembeli!

Lihat, dengan hanya menambah bilangan prospek ke laman web sahaja, kita mampu menggandakan jumlah jualan untuk sehari. Dengan syarat, prospek (traffic) yang dibawa ke laman web jualan adalah prospek yang betul dan sesuai (target), maka baru kiraan di atas biasanya akan menjadi.

Soalnya, bagaimana cara untuk meningkatkan jumlah pelawat ke website jualan? Mudah sahaja, iaitu dengan mempelbagaikan kaedah promosi! Secara kiraan dan teori, katakan dengan satu teknik promosi kita boleh dapatkan 100 orang pelawat, maka dengan melakukan 5 teknik yang lain, kita boleh dapatkan 500 orang.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 1 =