7 Langkah Bebas Hutang

Tiada sesiapa yang mahu hidup susah, merana dan dicengkam dengan hutang dan masalah kewangan. Bebas hutang adalah satu tahap yang diidam-idamkan oleh kebanyakan orang. Orang yang dikuasai oleh hutang biasanya hidup tidak tenang. Tak lena tidur, tak senang duduk.

Namun, berita baiknya, kita boleh berusaha untuk keluar daripada belenggu ini dengan syarat kita cepat bertindak sebelum terlambat. Berikut adalah 7 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencapai status bebas hutang. Sebelum itu, hutang yang lebih ditekankan di sini adalah hutang “tidak menguntungkan” seperti pinjaman peribadi dan hutang-hutang skim bayaran ansuran.

1. Senaraikan jumlah keseluruhan hutang

Berapakah jumlah keseluruhan hutang anda pada saat anda membaca artikel ini? Jika anda jawab dengan cepat, bermaksud anda ambil tahu dan serius terhadap hutang anda. Jika tidak, bermaksud anda mungkin tidak begitu merancang untuk menyelesaikan hutang yang sedang menguasai anda.

Bertindak dengan segera untuk melakukan langkah yang begitu mudah ini, iaitu menyenaraikan semua hutang anda dan kemudian jumlahkan keseluruhannya. Apabila anda tahu jumlah hutang ataupun sekurangkurangnya anda tahu apakah bentuk hutang yang anda miliki, ia akan memudahkan usaha untuk merancang dan melunaskan hutang piutang itu.

2. Berhenti berhutang

Ini adalah langkah pertama sebelum anda mula berusaha melunaskan hutang-hutang yang ada. Jangan mencipta hutang yang baru, melainkan amat perlu. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah abaikan skim ansuran mudah atau apa jua skim bayaran.

Katakan “tidak” kepada hutang-hutang yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada diri dan keluarga anda. Disiplinkan diri dan tanamlah tekad untuk tidak lagi berhutang, melainkan teramat perlu. Ini adalah langkah paling penting kerana jika anda masih gemar berhutang, usaha untuk bebas daripada hutang adalah sia-sia sahaja. Seumpama kata pepatah, “keluar mulut buaya, masuk mulut harimau.”

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − ten =