7 Tips Bisnes Di Facebook - Langkah-langkah Mudah Berniaga Di Facebook

Masuk sahaja ke Facebook, kita pasti akan melihat ada rakan-rakan mempromosikan bisnes mereka. Menjual produk di Facebook adalah salah satu cara termudah, terpantas dan termurah untuk memulakan perniagaan Internet, di mana kita tidak perlu membina website sendiri. Sebaliknya kita hanya menyediakan akaun sendiri, produk dan material promosi sahaja.

Mungkin terdetik juga di hati anda untuk turut berniaga di Facebook, tetapi datang pula perasaan dan pelbagai pertanyaan, termasuklah persoalan “bagaimana cara melakukannya?”. Teramat rugi jika anda habiskan masa berjam-jam di Facebook tetapi masa itu lebur begitu sahaja tanpa memberikan apa-apa hasil sampingan. Bayangkan, sambil anda online di Facebook, anda juga dapat menjana pendapatan!

Pada kali ini, kami akan senaraikan 7 TIP MUDAH memulakan perniagaan di Facebook. Jika anda pandai menggunakan komputer dan Facebook, anda boleh melakukannya.

Tip 1 : Tentukan produk yang sesuai

Kita dapat menjual apa sahaja di Facebook, tetapi sebaik- baik produk adalah produk yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai, ataupun yang memenuhi keperluan mereka. Terdapat dua kaedah di mana kita kenal pasti dahulu masalah-masalah yang wujud dan kemudian baru mencari produk yang boleh dijual.

Cara kedua pula adalah kita mencari (survey) beberapa produk dan kemudian membuat penilaian sama ada produk itu ada pasaran (permintaan) ataupun tidak. Kaedah yang paling mudah untuk menentukan produk untuk dijual adalah dengan mengenal pasti minat dan kepakaran kita. Contohnya, jika kita berminat dengan kesihatan badan, kita boleh menjual produk-produk yang berkaitan kesihatan. Melakukan perkara yang berkaitan dengan minat kita akan menyebabkan kita lebih seronok dalam melakukan bisnes.

Setelah menetapkan produk yang ingin dijual, kumpul maklumat yang mencukupi dan fahami maklumat-maklumat penting produk tersebut. Ini memudahkan kita menjawab pertanyaan daripada para pelanggan, selain mereka dapat memahami satu-satu produk dengan lebih jelas.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 + 19 =