Apakah kunci kejayaan dalam perniagaan? Saya telah menjalankan perniagaan selama lebih 11 tahun dan turut membantu usahawan-usahawan dalam membina perniagaan. Telah banyak juga melihat jatuh bangun perniagaan – orang lain, dan juga diri sendiri. Berikut adalah 8 kunci kejayaan perniagaan yang MESTI anda ikuti untuk pastikan
perniagaan anda Berjaya :-

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan
lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen
patut dijadikan konsep perniagaan kita. Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

2 thoughts on “8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan!”

  1. Assalam, nk tya majakah ik versi cetak camne nk langgan,.. ke semua maklumat dlm ik magazine dh ada dlm web ni..?..sy br jumpa link nk bkk web ni..tahniah la pd majalah ik, mendidik pembaca dgn maklumat berquality…semoga yerus sukses..aminn

    1. Waalaikumusalam. Puan boleh hubungi kami di 03-77292277 atau datang terus ke pejabat kami di Mutiara Damansara untuk mendapatkan langganan Majalah IK. Untuk keterangan lanjut puan boleh klik “Di Sini” di penghujung ayat artikel. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 2 =