8 Perisian Wajib Untuk Usahawan

Sebagai usahawan, anda sudah semestinya mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer sama ada jenis komputer riba (laptop) ataupun komputer meja (desktop). Melakukan kerja dengan menggunakan komputer adalah satu kemudahan yang tiada gantinya walaupun wujud gadget terkini seperti tablet dan telefon pintar (smartphone).

Namun, tidak semua tugas tertentu dapat dilakukan oleh gadget kecil yang canggih, melainkan hanya melalui komputer.

Berikut adalah lapan jenis perisian yang wajib ada dalam sebuah komputer seorang usahawan pada masa kini. Yang lebih menarik, perisian dalam senarai berikut boleh didapati sama ada secara percuma atau berbayar.

1. Pembaca Dokumen PDF (PDF Reader)

Dokumen jenis PDF (portable document format) adalah salah satu jenis format dokumen digital yang kerap digunakan oleh kebanyakan orang apabila ingin berkongsi maklumat, data, tugasan dan sebagainya. Ini kerana ia boleh dibuka oleh kebanyakan jenis komputer, sistem operasi, smartphone dan tablet. Di antara perisian pembaca PDF untuk komputer adalah seperti Adobe Reader, Sumatra PDF dan Foxit Reader. Anda boleh mendapatkan laman web perisian tersebut dengan mencarinya melalui enjin pencari Google.

2. Perisian Zip

Ini juga adalah perisian yang paling penting dalam sesebuah komputer. Fungsi perisian ini adalah untuk ‘menggabungkan’ banyak file dan folder menjadi satu file yang berformat Zip, agar mudah dikongsikan kepada orang lain, terutamanya melalui Internet. Proses ini dikenali sebagai ‘zip’ ataupun compression (pemampatan). Selain daripada itu, perisian ini berfungsi untuk ‘extract’ semula file yang telah digabungkan sebelum ini menjadi file-file dan folder asal. Proses ini juga dikenali sebagai ‘unzip’.

Di antara perisian Zip versi percuma yang boleh anda cuba adalah seperti jZip, ZipGenius dan 7zip. Manakala bagi versi berbayar pula, anda boleh mencuba Winzip dan WinRAR. Untuk memudahkan, guna satu perisian Zip sahaja dalam sebuah komputer untuk mengelakkan konflik perisian.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 18 =