Dulu-dulu, 7-8 tahun dulu, ramai yang sering mempersoalkan tentang pembelian di internet. Masing-masing masih merasa curiga, takut-takut barang tak sampai, tapi duit dah bayar. Takut juga bila dah bayar, barang yang sampai rosak pula. Akibatnya, di mana sahaja sentiasa ada orang yang akan bertanya, “Awak berani ke membeli di online?”

Rata-rata di kala itu, boleh dikatakan ramai yang tidak berapa percaya, tetapi ramai juga yang telah terbukti nyata berjaya membeli secara online dengan mudah dan selamat. Semuanya adalah kerana mereka berhatihati dalam memilih laman-laman yang menjual.

Yang paling penting, setiap laman web yang menjual seharusnya mempunyai :

• Maklumat lengkap, seperti butiran diri untuk dihubungi, alamat premis jika ada

• Gambar-gambar produk yang asli.

• Senarai servis-servis yang diberikan

• Tarikh/waktu penghantaran dan sebagainya.

Ini semua adalah kredibiliti paling penting untuk membuatkan pembeli-pembeli berasa yakin dan akan membuat pembelian dengan mudah. Kebanyakan pembeli online yang tertipu adalah apabila mereka tidak periksa betul-betul perkara ini, akibatnya barangan yang dibeli, tidak diterima.

Sebenarnya jika segala-gala maklumat tersedia lengkap di laman web itu, ianya memberi kita ruang untuk membuat sedikit, ‘background check’ – untuk mengesahkan syarikat penjual adalah ‘genuine’ atau benar-benar ujud dan beroperasi secara terbuka.

Pada September 2006, Irfan Khairi telah diundang untuk menjadi salah seorang panel di dalam sebuah rancangan televisyen di saluran TV2. Rancangan yang mempunyai ramai penonton itu bertajuk “Hello on Two” Di dalam rancangan Hello On Two itu, pelbagai soalan-soalan yang mencuit hati serta info-info yang amat membantu para usahawan-usahawan internet telah dibicarakan. Tetapi, ada satu soalan yang cukup menarik dan membuka mata telah dipertonjolkan.

Soalan itu adalah di dalam bentuk SMS SURVEY di mana ianya telah diajukan kepada para penonton. Soalannya berbunyi…

“Would you buy products or services through the Internet?”

Apakah jawapan-jawapan para penonton di rumah agaknya kan. Dan apalah pula kata mereka ya? Sebenarnya, keputusan survey ini amat menggembirakan. Dan, kita mungkin tidak akan terduga dengan keputusan kaji selidik secara sistem pesanan ringkas (sms) itu.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + fifteen =