Anak Alidz - Galeri Anak-Anak Muslim

Info biz kali ini membawa seorang usahawan yang berasal dari Perak, Shahrul Idzham Radzuan, 37 tahun. Ideanya menjalankan perniagaan jubah kanakkanak yang stylish, komtemporari, moden, telah cukup memberi inspirasi kepada masyarakat. Sehubungan itu Majalah IK telah mengaturkan wawancara bersama beliau…

Soalan : Bagaimanakah tercetusnya idea perniagaan anda – Ceritakan serba sedikit.

Sebelum menjawab semua soalan ini eloklah kalau saya memperkenalkan diri dahulu. Nama saya Sharul Idzham Bin Radzuan pengusaha Jubah untuk Kanak-Kanak (Jubah For Kids) yang beroperasi di Lunas, Kedah. Kepakaran kami adalah menzahirkan keyakinan dalam diri anak-anak untuk kelihatan anggun, segak dan bergaya ketika menutup aurat.

Sedikit latar belakang syarikat, Anak Alidz ditubuhkan pada Feb 2012, dan Anak Alidz komited dalam membantu melahirkan generasi solihin dan solehah dengan memupuk budaya muslim bermula dari peringkat awal kanak-kanak sehingga remaja. Jubah Anak Alidz hanya boleh didapati di butik online, tiada kedai fizikal. Semua urusan dari rumah sahaja. Idea untuk menghasilkan jubah kanak-kanak ini tercetus daripada masalah kami sendiri iaitu sukar untuk mendapatkan jubah untuk anak-anak sendiri. Dari situ kami terfikir, “Apa kata kita buat sendiri jubah dan jual”. Jika dilihat semua model di dalam website adalah anak-anak kami 2 perempuan (13 & 5 thn) dan 2 lelaki (10 & 8 thn).

Perniagaan ini bermula selepas saya menerima tawaran berhenti kerja setelah berkhidmat lebih 14 tahun sebagai R&D Engineer di sebuah syarikat komputer antarabangsa yang terkenal berpengkalan di USA. Ini adalah hakikat apabila bekerja makan gaji, tiada jaminan kita mempunyai pekerjaan hingga pencen, walaupun kita setia kepada syarikat itu. Dengan berbekalkan idea dan sedikit wang pampasan yang diberikan, saya ‘terjah’ memulakan perniagaan Jubah For Kids ini yang didaftarkan di bawah syarikat Alidz Enterprise pada Feb 2012.

Soalan : Adakah perniagaan anda menggunakan modal besar, pekerja yang ramai, serta memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia?

Saya menperuntukkan RM10000 sebagai modal permulaan. Perniagaan ini berkonsepkan ‘outsourcing’. Kami akan mencari fabrik yang sesuai dan bermutu tinggi, dan dengan fabrik yang ada itu kami reka jubah yang ceria dan eksklusif sesuai untuk kanak-kanak seperti yang dapat dilihat dalam produk katalog online kami. Matlamat kami adalah untuk membantu tailor tempatan yang kebanyakannya menjana pendapatan bermusim (Hari Raya). Jika kami boleh berikan tempahan konsisten, mereka boleh menjana pendapatan yang lebih stabil.

Alhamdulillah, setakat ini kami sudah membantu 4 tukang jahit untuk mengubah taraf hidup mereka dengan pendapatan 4 angka sebulan. Rekaan dan produk Anak Alidz mampu menyelesaikan masalah keluarga islam hari ini dalam membentuk peribadi soleh dan solehah melalui pakaian anggun, segak dan menutup aurat, dan pada masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menempuh alam dewasa.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 1 =