Dunia hari ini melihat masyarakat berlumba-lumba mengejar wang dan harta kekayaan untuk membina kehidupan
yang harmonis. Kebanyakan memandang harta kekayaan sebagai satu keistimewaan. Sebab itulah, sering kita lihat sesiapa punya harta banyak, maka mereka dianggap lebih tinggi darjatnya dan mulia, berbanding yang lain kerana
keberadaannya itu. Namun, jika kita renung kembali kepada konsep zuhud, harta yang berlimpah bukanlah suatu kelebihan, tetapi adalah sebaliknya apabila golongankaya akan dianggap sebagai materialistik. Sebenarnya, Islam tidak pernah melarang untuk mencari harta kekayaan, tetapi amat menggalakkan agar kita terus berusaha gigih selagi tidak mengabaikan suruhan dan larangannya.

Nama sebenar beliau adalah Anas bin Malik bin Nadzor bin Dhomdom bin Zaid bin Harom bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin An Najjar, Abu Hamzah Al Ansori Al Khazraji. Beliau adalah kerabat baginda Rasulullah s.a.w. dari sebelah isterinya, selain daripada murid serta pengikut baginda Rasulullah s.a.w. dan juga merupakan sahabat terakhir yang meninggal dunia. Anas adalah pambantu Nabi dan seorang yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w. Ibunya ialah Ummu Sulaim Malikah binti Milhan bin Kholid bin Zaid bin Harom, isteri Abi Tholhah Zaid bin Sahl Al Ansori.

Sewaktu Nabi s.a.w. datang ke Madinah, Anas ketika itu baru berusia 10 tahun. Waktu itu juga, ibunya datang menemui Nabi s.a.w. lantas berkata kepadanya : “Ini adalah Anas, anak yang pandai dan akan menjadi pembantumu”. Selepas beberapa tahun bersama Nabi, baginda menggelarkan Anas Abu Hamzah (Singa). Anas dilahirkan 10 tahun sebelum Hijrah atau bertepatan dengan tahun 612 Masihi. Ketika baginda Rasulullah wafat, Anas baru sahaja berusia 20 tahun dan beliau memeluk Islam sejak daripada kecil lagi.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 24. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − seven =