Anda Punya Masalah Tidur_ 7 Gajet, Gizmos & Aplikasi Untuk Membantu Tidur Bangun Anda Dengan Lebih Baik

Sains dan teknologi masa kini kian maju dan semakin jauh kecanggihannya, sehingga sesetengah ciptaan itu tidak terfikir oleh minda kita. Dari jam penggera hinggalah kepada aplikasi yang boleh menjejaki kitaran tidur anda. Malah, terdapat banyak pilihan di luar sana untuk membantu anda mendapatkan rehat dan tidur malam yang baik.

Menurut Dr. Jeffrey Epstein, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Tidur di Brighton, Boston,USA, “Kita selalunya adalah orang yang paling teruk membuat keputusan tentang kitaran tidur atau tabiat tidur kita sendiri, jadi apa-apa peranti, gajet dan aplikasi yang menunjukkan cara atau cuba untuk membetulkan masalah tidur kita, boleh dianggap amat membantu!”

Berikut adalah beberapa aplikasi, alat dan Gizmosyang terbaik untuk anda milikinya di sisi anda terutama di bilik tidur anda yang boleh memberi suasana yang nyaman, namun dalam masa yang boleh membantu kitaran tidur anda dengan betul.

“MATAHARI! Terangnya…” – Kebanyakan jam tidur menumpukan kepada bunyi untuk membangunkan anda, tetapi Philips Wake-up Light Plus akan memulakan dengan memberi simulasi diwaktu subuh anda melalui cahaya mentol UV bebas halogen yang beransur-ansur cerah 30 minit sebelum jam penggera sebenar anda berbunyi. Dengan cara ini, ianya tidak akan memberi kejutan tiba-tiba.

Produk PHILIPS Lampu + Penggera ini juga kelihatan anggun- dan mempunyai ciri-ciri “senja simulasi” yang boleh anda aktifkan sebelum anda tidur. Fungsi ini adalah cukup memberi rahmat bagi orang-orang yang selalu melakukan banyak perjalanan merentasi perbezaan masa di antara negara. Pastinya masalah kepeningan dan mengantuk ‘Jet lag’ tidak berlaku lagi.

“Faktor yang paling membantu dalam beralih kitaran circadian atau putaran waktu 24jam adalah cahaya,” kata Dr. Jeffrey Epstein.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 2 =