Antara Strategi & Teknik

Dalam perniagaan tradisional dan perniagaan Internet, terdapat teknik untuk menjayakan perniagaan. Juga, terdapat strategi menjayakan sesuatu perniagaan.Strategi & teknik adalah berbeza. Ramai usahawan Internet tempatan rataratanya, saya dapati amat memahami teknik-teknik perniagaan Internet.

Namun, kekurangan adalah pada strategi perniagaan. Sejak dua tahun lepas sehingga kini, saya menggunakan dan mengimplementasikan strategi perniagaan dan agak kurang menggunakan teknik perniagaan. Dapatkah anda bezakan antara strategi perniagaan & teknik perniagaan? Pada pendapat anda, yang mana satukah patut diutamakan? – Another way to look at STRATEGI & TEKNIK. Ia adalah teknik menjawab kepada “WHAT?” manakala strategi pula menjawab kepada “HOW? WHERE? WHEN? And WHO?”

Sebagai contoh, untuk perniagaan Internet.

Autoresponder adalah TEKNIK. Tetapi ilmu mengenai autoresponder sahaja tidak mencukupi. Perlu tahu, bilakah hari terbaik untuk hantar autoresponder, atau bagaimanakah cara terbaik menyusun autoresponder yang diterima pelanggan secara berturutan, berapa lamakah interval terbaik untuk menghantar autoresponder… itu adalah strategy

Network adalah TEKNIK. Tetapi strategi adalah dengan siapa kita patut ada network? apakah terma network? bagaimana network tersebut dapat berkembang, dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun daripada sekarang? adakah kita network dengan mereka yang melakukan perniagaan Internet sahaja atau bukan perniagaan Internet? Mengeluarkan produk baru adalah TEKNIK. Tetapi, bilakah masa terbaik untuk mengeluarkan produk (timing)? Produk apa yang terbaik dalam cross promotion? Apakah produk susulan selepas mengeluarkan produk baru ini? Bagaimanakah produk baru ini dapat membantu menaikkan jualan produk lama?

Walaupun kedua-duanya penting tetapi, TEKNIK boleh dikatakan dipelajari melalui teori, manakala STRATEGI dipelajari melalui pengalaman (atau daripada mereka yang berpengalaman).

Sebab itu dalam peperangan, pengatur strategi adalah general yang berpengalaman dan bukan yang pakar dalam teknikal perang.

Strategi adalah amat penting untuk membezakan anda dengan pesaing. Ini kerana, ramai orang sedia maklum mengenai teknik-teknik perniagaan Internet tetapi, tidak ramai yang arif dalam strategi perniagaan.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 11 =