Badam - Makanan Berkhasiat Untuk Minda Cergas

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, pengambilan menu yang sempurna dan berkhasiat berasaskan badam dan susu adalah amat penting. Ini adalah kerana, badam dikatakan makanan seimbang yang paling tinggi khasiatnya dan sangat sesuai untuk wanita-wanita yang sedang hamil dan juga kepada kanak-kanak yang semakin meningkat tumbesarannya. Ia amat kaya dengan pelbagai jenis khasiat bagi menghindari penyakit dari menghinggapi tubuh badan, jika diamalkan memakannya secara teratur dan berterusan.

Untuk kaum wanita terutamanya sewaktu sedang hamil, pengambilan produk badam amat bagus dan baik sekali untuk penjagaan kesihatan, kerana kandungan asid folik yang tinggi terdapat pada badam adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya kecacatan terhadap bayi yang dikandung. Selain daripada enak dimakan dan sedap rasanya, badam juga mempunyai banyak khasiat untuk mengatasi pelbagai jenis lagi masalah kesihatan yang dialami.

Badam mampu mengelakkan berlakunya “osteoporosis.” Jika anda mengambilnya dalam kuantiti sekitar 25 hingga 30 biji, maka kandungan kalsium yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan ¼ cawan susu yang diminum. Ini adalah kerana kalsium amat penting untuk tubuh bagi menghalang terjadinya pereputan tulang, gigi, kuku dan keguguran rambut.

Ketahui apakah khasiatnya?

Beberapa kajian telah dibuat oleh para saintis di luar negara dan mendapati bahawa badam mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, diabetis, sakit jantung, nyanyuk, anemia, sembelit serta banyak lagi masalah sampingan lain yang dapat diatasinya, sekiranya badam dijadikan sebagai pemakanan seimbang yang diambil secara berterusan tanpa henti.

Badam sangat baik untuk perkembangan otak dan juga sistem saraf. Ini kerana badam mampu meningkatkan tahap kebijaksanaan dengan merangsang minda disebabkan ia adalah sumber nutrients yang sangat penting dapat membantu perkembangan otak bayi.

Di samping membekalkan kalsium kepada tubuh badan, badam juga begitu kaya dengan protein, serat, kalium, kuprum, zinc, besi, magnesium, selenium, riboflavin, phosphorus, vitamin E, biotin, serta antioksidan lain yang diperlukan oleh tubuh. Badam juga dapat meningkatkan tahap intelektual yang tinggi, kerana itulah ia dianggap sebagai makanan paling penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =