Salah satu bulan yang boleh memberikan keuntungan paling besar kepada para peniaga di dalam perniagaan adalah “Bulan Ramadan”. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang menjual beraneka jenis makanan di bazaar ramadan. Ini kerana, perniagaan makananlah yang paling mendapat sambutan dan sering memperolehi keuntungan yang banyak berbanding dengan penjualan barangan lain.

Boleh dikatakan keuntungan pada bulan ini agak luar biasa. Kebiasaan jualan pada bulan-bulan biasa mungkin seseorang itu hanya mendapat RM100.00 sehari, tetapi pada bulan puasa mereka akan mendapat lebih. Tambahan pula jika membuka gerai makanan, menjual lauk-pauk maka keuntungannya pasti akan bertambah 5-6 kali ganda daripada biasa.

Namun, kesukaran tetap ada di celah-celah kenikmatan. Salah satu halangan dan cabaran bagi setiap peniaga adalah untuk menepati kehendak dan citarasa pelanggan. Ini disebabkan, pelanggan yang membeli makanan di bulan puasa agak skeptical untuk membuat keputusan apa makanan yang menepati selera mereka yang senantiasa berubah-ubah!

Nak jual makanan apa?

Perniagaan yang tidak jelas juga membuatkan pembeli kurang berminat untuk membeli. Apatah lagi jika makanan yang dijual itu adalah makanan yang tidak pernah ditemui di mana-mana sebelumnya, ini merupakan satu risiko yang perlu ditanggung oleh peniaga.

Justeru itulah, penjual menjadi teragak-agak untuk menjual apa. Boleh naik bingung memikirkan makanan apa yang hendak diniagakan dan boleh mendapat untung yang besar. Sehingga membuatkan ramai peniaga membuat keputusan menjual benda yang sama. Sama ada menjual air, lauk-pauk, nasi ayam ataupun kuih-muih.

NAMUN, mereka yang menjual pelbagai jenis nasi dan lauk-pauk, tentu mendapat untung lebih berbanding yang lain. Kerana memang itulah jualan yang menjadi pilihan utama masyarakat melayu di Malaysia. Jika tidak menjamu nasi, seperti tidak kena walaupun telah berbuka dengan hidangan lain. Seolah-olah rasa tak kenyang dan tak puas.

Dalam pada itu, ada juga yang hanya fokus pada penjualan mee sup, bihun berkuah dan nasi ayam, yang mana ianya agak lebih mudah untuk menyediakannya dan memang disukai dan digemari ramai. Selain daripada menjual nasi yang pasti dapat menjana wang, menu-menu seperti roti juga turut mempunyai peminatnya tersendiri. Contohnya, seperti roti tempayan yang dimakan bersama ayam tandoori, atau daging cincang, sememangnya menjadi kegemaran ramai. Roti John, roti goreng, roti canai, dan sebagainya juga amat digemari ramai. NAMUN begitu, menjual makanan apakah yang benar-benar mendapat keuntungan yang hebat dan lumayan?

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 6. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − five =