Bila Nak Kahwin?

Ramai yang bercakap soal kahwin. Ramai pula yang bagai tak boleh duduk diam, pantang tahu sesiapa yang masih single saja, mulalah nak korek rahsia. Mana-mana yang belum kahwin tu memang menjadi targetlah untuk mereka bertanya, “bila nak kahwin?”

Tetapi, pernahkah mereka terfikir kehidupan selepas berkahwin? Asyik main tanya sahaja memang mudah. Kebanyakan mereka pula tidak pernah langsung memikirkan perasaan orang yang ditanya itu. Betapa susahnya mereka selama ini mencari pasangan. It’s not easy! Seterusnya, adakah mereka terfikir juga akan kehidupan selepas berkahwin itu? Adakah masih “sedap” lagi? Bagaimana pula dengan perbelanjaan harian? Kalau dahulu belanja sorang-sorang, tiba-tiba setiap masa kena belanja untuk dua orang! Bagaimana pula dengan tekanan daripada pihak mertua yang asyik nak suruh beli rumah? Kemudian selepas berkahwin pula mestilah nak rasa pakai kereta mahal sikit, nak tunjuk diri dah berjaya. Family pula sibuk nak tengok kejayaan yang dikecapi.

Kemudian, bagaimana pula bila sudah melahirkan anak? Adakah masih “sedap” lagi perkahwinan itu? Bagaimana pula dengan perbelanjaan untuk membesarkan baby? Pakaiannya, susunya, pampersnya dan berbagaibagai lagi. Selepas itu, bila dah besar, nak kena hantar pergi tadika, pergi sekolah dan sebagainya. Adakah kita semua bersedia untuk sebuah perkahwinan, yang bukan sematamata cuma berkisar tentang cinta sahaja, tetapi juga “wang” …BANYAK WANG! Cinta itu memanglah cinta, “siapa tak sayang bini oooii!” kata P. Ramlee hehe… Akan tetapi, walau cinta bagaimana sekalipun, sekiranya kehidupan amat perit, terhimpit ke dinding, kesempitan setiap masa… cinta pun boleh hancur lebur begitu saja. Sebab itulah perceraian berleluasa.

Bayangkanlah, daripada statistik Jakim, semenjak dari tahun 1999 sehinggalah ke akhir tahun 2009, menunjukkan lebih 100,000 pasangan berbangsa melayu sahaja telah BERCERAI! – Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pula, pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian setiap 15 minit dalam kalangan umat Islam!

Ini adalah satu kes yang amat serius sebenarnya. Walaupun sudah tentulah bukan kesemuanya disebabkan oleh wang ringgit, namun pastinya kebanyakan punca berlakunya perceraian adalah daripada kesuntukan wang ringgit! Berkahwin boleh berkahwin, akad nikah pun murah sahaja harganya. Apatah lagi kalau kedua-duanya sudah setuju, hari ini pun boleh berkahwin. Tetapi, adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas berkahwin?

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =