Buah Zaitun

Untuk segmen khas “Sajian Mawaddah” pada kali ini, apa kata mari kita berkongsi info dan membongkar serba sedikit rahsia keunikan alam mengenai kewujudan dan keistimewaan pohon zaitun.

Di manakah pohon zaitun tumbuh?

Sebagaimana yang tersebut di dalam al-Quran, menerusi surah At-Tiin, iaitu pada ayat pertama Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Demi buah Tiin dan demi buah Zaitun… ”(Surah At-Tiin : Ayat 1)

Ini bermakna, buah Tiin dan buah Zaitun adalah sejenis buah yang sangat hebat, kerana ia merupakan antara buah-buahan yang terdapat di tamantaman syurga, dan sudah pastilah ia mempunyai banyak keistimewaan, keberkatan dan kelebihannya yang luar biasa. Juga, perlu kita ketahui secara terperinci. Ini kerana di dalam al-Quran turut menyebutkan mengenainya.

Buah zaitun, dikatakan sangat enak rasanya dan amat kaya dengan khasiat semulajadi yang begitu tinggi. Juga, begitu baik untuk kesihatan tubuh badan. Sama ada kepada lelaki mahupun kepada wanita. Buah zaitun merupakan antara buah yang tertua di dunia dan banyak terdapat di sekitar “Timur Tengah” seperti di Spanyol, Morocco, Turki, Italy dan Tunisia. Ia kebanyakannya ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim Mediterranian dengan nama botani atau saintifiknya disebut sebagai “OleaEuropia.”

Pohon zaitun dianggarkan mempunyai ketinggian sekitar tiga meter tingginya, dengan daunnya berwarna hijau terang, manakala buahnya pula, apabila telah masak ranum akan kelihatan seperti ungu kehitaman. Sejarah perubatan telah membuktikan bahawa buah zaitun dan pohon zaitun mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman purba Mesir lagi, yang mana buahnya amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, selain mengandungi zat besi.

Dimaklumkan juga, bahawa buah zaitun yang paling baik mutunya ialah buah yang dihasilkan di Greece. Manakala Italy dan Spanyol pula merupakan negara pengeluar dan penghasil minyak zaitun yang terbesar di dunia.

Pohon Zaitun : Anugerah Allah SWT yang tidak ternilai.

Hanya daripada sebatang pohon, tetapi manfaatnya kita boleh dapati lebih daripada itu. Sungguh istimewa! Ini disebabkan daripada pohon, daun, buah, batang, dan akarnya, kita boleh memperolehi pelbagai jenis khasiat dan kegunaannya untuk menambahbaikan kesihatan dalaman dan luaran kita, dengan berkat daripada khasiat yang ada padanya.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 19 =