‘DOMINO’S PIZZA’ merupakan satu jenama makanan segera yang cukup terkenal, hebat dan amat popular bagi masyarakat seantero dunia. Ditubuhkan pada tahun 1960, Domino’s pizza adalah restoran rantaian kedua terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai lebih daripada 9700 kedai korporat dan francais di 70 negara dan juga kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat!

Domino’s pizza sebenarnya boleh berbangga dengan keunikan yang dihasilkan. Dari bentuknya, baunya yang unik, rasanya yang cukup enak dan lazat, selalu membezakan ia daripada pizza-pizza dari jenama lain.

Mungkin kerana itulah Domino’s pizza mendapat sambutan yang begitu hebat di serata dunia, lantaran kelazatannya dengan menu menu terpilih antarabangsa yang telah tersaji, mengikut citarasa masyarakat dunia.

Mungkin kerana itulah Domino’s pizzamendapat sambutan yang begitu hebat di serata dunia, lantaran kelazatannya dengan menumenu terpilih antarabangsa yang telah tersaji, mengikut citarasa masyarakat dunia.

Pengasas Domino’s Pizza

Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan makanan yang lazat ini
kepada dunia sehingga begitu terkenal dan disukai ramai? Pengasasnya adalah Tom Monaghan, seorang
individu yang cukup bersemangat dan berdaya saing. Tom bersama adiknya James, telah membeli sebuah kedai pizza kecil di Ypsilanti, Michigan. Iaitu berhampiran dengan Eastern Michigan University. Dan pada tahun 1967, kedai Francaise Domino’s Pizza yang pertama telah dibuka di Ypsilanti.

Dalam usaha Tom Monaghan untuk memperluaskan lagi empayar perniagaannya, beliau juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah-masalah iringan yang menanti para peniaga, apabila pada tahun 1975, Domino’s telah menghadapi satu tuntutan Mahkamah oleh Amstar Corporation, iaitu pembuat Gula Domino, yang mendakwa adanya pelanggaran cap dagangan dan persaingan yang tidak adil. Tetapi pada tanggal 2 Mei,1980, di mana Mahkamah Rayuan Perseketuan telah mendapati dan membuat keputusan yang mana ianya memihak kepada Domino’s Pizza.

Oleh yang demikian, pada 12 Mei, 1983, Domino’s telah membuka kedai pertamanya untuk pasaran antarabangsa di Winnipeg, Manitoba, Kanada. Juga dalam tahun yang sama, Domino’s membuka kedainya yang ke 1,000 secara keseluruhan. Dengan jumlah tersebut bermakna Domino’s telah mempunyai 1,000 lokasi antarabangsa.

Selepas itu pula, pada tahun 1997, Domino menambah lagi cawangannya membuka kedai
antarabangsanya yang ke 1,500 dengan membuka 7 buah kedai dalam satu hari di lima buah benua. Namun begitu, selepas 38 tahun pemilikan Domino’s Pizza, pengasasnya Tom Monaghan telah mengumumkan mengenai persaraan beliau dan 93 peratus syarikat Bain Capital telah dijual dengan nilai kira-kira $ 1 billion dan beliau tidak lagi terlibat secara langsung dengan Operasi syarikat itu.

Setahun kemudian, Domino’s Pizza telah diambil alih oleh sebuah syarikat lain iaitu syarikat David A. Brandon selaku Pengerusi dan ketua Pegawai Eksekutif Era semasa, bahagian luar kedai Domino’s Pizza, Spring Hill, Florida.

Strategi perniagaan Domino’s Pizza dan rahsia kejayaannya.

Selepas 44 tahun sebagai sebuah syarikat milik persendirian, seorang daripada pekerja
Domino’s Pizza telah bertindak untuk mengapungkan syarikatnya di Bursa Saham
New York dan mula berdagang saham biasa di NYSE di bawah symbol “DPZ.”

Pada tahun 2007, Domino’s Pizza telah mengatur strategi baru untuk meningkatkan lagi produknya ke seluruh dunia dengan memperkenalkan program ‘Dream franchise’ yang mana telah dilancarkan menerusi talian mudah alih pesanan tapak.

Salah satu strategi baru Domino’s Pizza yang diperkenalkan adalah ‘Tracker Pizza’ iaitu satu permohonan yang membolehkan pelanggan melihat status pesanan mereka dalam kemajuan simulasi ‘REAL TIME’ bar.

Strategi sterusnya adalah mengadakan bilik makan yang dibuka khas di Stephenville, Texas,
yang mana telah memberikan pilihan terbaik kepada pelanggan sama ada ingin makan di sana atau membawa pulang pizza mereka. Selain itu juga pesanan suara AS melalui talian hotline Domino’s Pizza 1-800 turut dibuka perkhidmatannya. Dengan ini dapat meningkatkan lagi kehebatan perkhidmatan
yang sedia ada.

Untuk terus bertahan sehingga kini, jika dibandingkan dengan Pizza Hut dan lain-lain,
Domino’s Pizza, turut menitikberatkan citarasa pelanggan dalam menikmati resipi istimewa yang disajikan. Resipinya sentiasa diubah suai dan diperbaharui dengan kreativiti ciptaannya yang tersendiri mengikut kajian dan penyelidikan yang telah dibuat agar produkproduknya berkualiti dan digemari.

Menu-menunya yang dibuat dengan pelbagai perisa dan saiz turut menawarkan kepada
pelanggan hidangan-hidangan sampingan yang lain seperti ayam, breadsteaks, minuman dan
pencuci mulut. Justeru tidak hairanlah kenapa Domino’s Pizza menjadi satu hidangan
alternatif kepada pengguna-pengguna yang kesuntukan masa untuk memasak sendiri hidangan hidangan lain demi menjimatkan masa.

Di samping perkhidmatannya yang pantas, cekap dan memenuhi citarasa pengguna, Domino’s Pizza akan sentiasa menyajikan resipi-resipi baru yang menarik perhatian pelanggan untuk merasai dan menikmatinya. Iklan-iklannya yang menyeluruh juga turut membantu untuk terus berkembang dan
dikenali umum.

Domino’s Pizza turut MENDERMA

Ketika berlakunya serangan 11 september ke atas Pusat Dagangan Dunia, Pentagon, kedai Syarikat Pizza di New York dan Washington DC telah turut menyediakan lebih daripada 12,000 keping Pizza kepada pekerja bantuan di samping menderma sebanyak $350,000 USD dalam satu program dana padanan perbadanan bagi membantu melegakan mangsa bencana yang telah menimpa American Red Cross.

Domino’s Pizza juga telah membuat satu jaminan bahawa pelanggan-pelanggan mereka
akan menerima tempahan mereka dalam masa 30 minit. Jika waktu melebihi had masa, mereka
akan menerima pizza mereka dengan percuma. Pada tahun 2007, Domino’s telah memperkenalkan satu slogan baru iaitu, “Anda Got 30 minit,” merujuk kepada ikrar dan menjanjikan proses penghantaran dalam masa setengah jam. Domino’s Pizza kini terdapat di lebih daripada 60 buah Negara.

Sekiranya anda adalah salah seorang daripada penggemar tegar Pizza hut, pastikan juga anda menikmati keistimewaan Domino’s Pizza ini untuk mendapatkan kelainan resipinya dalam menu-menu yang telah tersedia. Dengan adanya Domino’s Pizza ini juga, kita boleh membuat tempahan mudah, pantas dan menjimatkan masa secara online untuk jamuan-jamuan ringan bersama rakan dan keluarga tersayang. Pasti keriangan dan kemesraan akan lebih terserlah apabila dapat menikmati Domino’s Pizza yang begitu enak, lazat dan menyelerakan ini bersama insan-insan tersayang.

6 TIP BERJAYA di dalam PERNIAGAAN

  • START SMALL : Mulakan perniagaan kecilkecilan dengan modal yang kecil
  • FOCUS : Tingkatkan usaha sedikit demi sedikit agar kita lebih fokus.
  • BE STRONG : Jangan cepat mengalah dengan dugaan yang datang.
  • SERVICES : Sediakan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha menarik perhatian
    pelanggan.
  • GRAB THE CHANCE : Jangan biarkan peluang yang hadir terlepas begitu saja.
  • GENEROUS : Jangan kedekut untuk berderma dan membantu orang lain.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × four =