Jamie Oliver memang tidak asing lagi berada di persekitaran restoran dan dapur, oleh kerana beliau telah membesar di restoran milik keluarganya di Essex, England. Minat Jamie Oliver dalam bidang perniagaan bermula sejak di bangku sekolah lagi, di mana Jamie menjual gula-gula yang dibelinya daripada pembekal dan kemudian menjualnya pula kepada rakan-rakan sekolah.

Locker Jamie Oliver di sekolah bukan dipenuhi dengan buku-buku sekolah, tetapi menjadi tempat simpanan stok gula-gula!

Beliau bukanlah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah. Jamie hanya meneruskan pendidikannya di sekolah memasak, London. Semuanya atas dorongan ibu dan bapanya yang sememangnya bertahun-tahun berpengalaman dalam bidang masakan.

Antara kunci kejayaan Jamie Oliver adalah skilnya dalam berkomunikasi. Sejak kecil lagi, Jamie merupakan seorang yang amat peramah dan suka berjenaka. Gayanya yang bersahaja sepertimana kita lihat di kaca TV, adalah gayanya sendiri tanpa dibuat-buat. Namun, kemunculan Jamie Oliver di kaca TV kali pertama ketika remaja adalah gabungan antara skilnya sebagai tukang masak dan juga kerana
nasib yang baik!

Bagaimana Jamie bermula?

Ketika tamat pengajiannya di sekolah memasak di London, Jamie bekerja disalah sebuah restoran terkemuka di tengah-tengah kota besar London, sebagai pembantu chef. Dengan pengalamannya bekerja di dapur sejak kecil lagi seperti memotong bawang, sayuran dan bahan masakan yang lain, maka ianya dilakukan dengan sungguh mudah dan pantas, juga menjadikan satu aktiviti luar biasa dan menarik untuk dilihat.

Pada suatu ketika, stesen TV channel 4 membuat liputan di restoran tempat Jamie Oliver sedang bekerja. Salah satu babak dalam liputan tersebut, penerbit rancangan itu memaparkan Jamie Oliver hanya untuk seketika dalam penggambarannya.

Sambil Jamie sibuk menyediakan bahan masakan, beliau telah ditemubual oleh wartawan. Tangan memotong, mulut bercakapsesuatu yang amat unik dan jarang dimiliki oleh seorang chef. Apatah lagi, ketika itu Jamie Oliver hanya berumur belasan tahun!

Paparan Jamie di kaca TV yang seketika itu, telah menjadikan Jamie Oliver sebagai satu jenama yang amat popular dikenali ramai pada hari ini. Setiapkali rancangan TV channel 4 tersebut ke udara, ia pasti ditonton oleh beratus ribu penonton, termasuk seorang penerbit yang sedang mencari seorang tukang masak dan host untuk rancangan masakan terbarunya.

Melihat skil Jamie Oliver mengendalikan bahan masakan di samping petah berbicara- ditambah pula dengan wajah Jamie yang tampan kebudak-budakan, ini membuatkan penerbit tersebut amat tertarik dengan chef remaja ini!

Sejak itu, muncullah program TV pertama Jamie Oliver yang berjudul “The Naked Chef”. Penjenamaan Jamie Oliver sebagai seorang chef muda yang ‘cool’ dan bersahaja, berjaya menarik hati berjuta penduduk England sehinggakan Jamie Oliver menjadi jenama chef selebriti yang diminati ramai.

Minat berniaga!

Minat Jamie dalam bidang perniagaan membuatkan beliau tidak kering dengan ideaidea
untuk menjana pendapatan daripada jenamanya. Bukan sahaja di kaca TV, malah, Jamie Oliver menghasilkan buku-buku resipi, DVD dan juga restoran untuk dijual bersama
jenamanya yang kian popular. Kini beliau juga turut menerbitkan rancangan TVnya sendiri termasuk program realiti TV masakan.

Dalam bidang perniagaan, setakat mempunyai skil sahaja tidak mencukupi. Minat dan minda ber”niaga” juga akan membantu dalam menjana keuntungan perniagaan. Jamie Oliver memiliki
kedua-duanya sekali dan menjadikan perniagaannya berjaya sehingga mencecah pasaran antarabangsa.

Apabila ditanya rahsia kejayaan Jamie
Oliver, jawabnya adalah :-
•“Jujur dengan diri sendiri – tampilkan diri yang sebenar”

Sikap jujur dan terbuka Jamie Oliver, menambat hati berjuta peminatnya serata dunia. Kejujuran
dan gaya percakapannya yang bersahaja di kaca TV, turut dikatakan sama dengan keperibadiannya membuka hati orang ramai menerima Jamie Oliver sebagai seorang selebriti yang tidak “plastik.”

Zaman ini, pengguna dan pelanggan adalah semakin bijak. Sebagai usahawan, kita perlu tampilkan diri kita seadanya untuk mendapat dan membina hubungan baik antara peniaga
dan pelanggan. Jenama perniagaan akan bermula dengan hubungan baik perniagaan dengan pelanggan. Di mana “perniagaan” adalah sesuatu yang tidak bernyawa, maka, diri kita sendirilah sebagai manusia hendaknya dapat mencipta hubungan tersebut lebih mudah dengan pelanggan. Jamie Oliver adalah jenama yang dibina dengan cara memenangi hati pelanggan dari bandar kecil di Essex, sehingga ke seluruh pelusuk dunia!

Strategi Kejayaan Jamie Oliver

1. Minat adalah permulaan. Skil perniagaan juga adalah penting dalam memastikan perniagaan berjaya

2. Komunikasi yang efektif dapat membina jenama. Praktis gaya berkomunikasi sehingga ianya menjadi mudah dan bukan suatu bebanan.

3. Jujur pada diri sendiri dan orang ramai. Bina hubungan yang baik bersama pelanggan, dengan memenangi hati pelanggan, kita akan menang dalam perniagaan.

4. Jalankan pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan jenama sedia ada. Dengan cara ini, kita akan menjana pendapatan pelbagai aliran dalam industri yang sama.

5. Fikir besar. Fikir global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − 7 =