Hadis Nabi telah mengingatkan kita kepada lima perkara sebelum datang lima perkara. Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Hadis tersebut mengingatkan kita agar menghargai dan menggunakan waktu sebaik baiknya sebelum hilangnya kesempatan tersebut.

Muda sebelum tua…

Waktu adalah komoditi yang paling berharga di dunia. Lebih berharganya daripada emas. Bagaimana kita menghargai emas sebagai sesuatu yang amat berharga, begitu juga kita patut menghargai waktu.

Pada usia muda, terutamanya, semangat kita adalah lebih tinggi. Tenaga kita juga adalah pada tahap yang optimum.

Visi dan matlamat kita juga sering kali setinggi bintang. Bukan hendak mengatakan, ketika tua nanti, ianya mustahil untuk mencapai cita cita. Cuma sekadar peringatan bahawa ianya lebih mudah mencapai sesuatu matlamat dan visi itu sekiranya kita bermula sedari awal. Bukan sekadar dari kemampuan tubuh badan sahaja, tetapi juga dari segi masa yang lebih lama boleh diambil untuk belajar daripada kesilapan demi mencapai matlamat.

Terdapat satu kitar kunci kejayaan yang amat mudah. Kitarnya adalah sebegini :

  1. Mendapat idea
  2. Mencuba idea tersebut
  3. Melakukan idea tersebut
  4. Melakukannya lagi…
  5. Dan lagi….
  6. Sehingga berjaya!

Sering kali saya berjumpa dengan teman-teman lama dari zaman persekolahan mengeluh kepada saya, “IK, kalaulah aku dari awal lagi buat seperti kau, mulakan perniagaan masa muda…mesti perniagaan aku dah berjaya sekarang!”

Sememangnya tiada jaminan perniagaan kita akan berjaya sekiranya bermula awal atau muda, tetapi masa yang diberikan boleh mengajar kita untuk memperbaiki dan belajar daripada segala kesilapan yang bakal kita lalui.

“Ya, tiada jaminan kita akan jumpa kejayaan. Tetapi kesilapan, jamin kita akan lalui!”

Semangat yang tinggi dan sihat tubuh badan juga memberi lebih banyak momentum kepada diri kita sendiri dalam apa jua yang kita lakukan. Sekiranya kita sering rasa lemah, lesu dan tidak bermotivasi, ianya mungkin bukan semangat kita yang kurang. Tetapi mungkin disebabkan kesihatan kita yang tidak ditahap optimum.

Sihat sebelum sakit…

Amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan sering bersenam. Perasan tak kalau kita tengok TV dokumentari Mat Salleh, ramai jutawan-jutawan barat di kalangan mereka yang telah berumur. Namun, walaupun berumur, mereka masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana ke mari, naik sports car, mengemudikan yatch dan

sebagainya. Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita yang perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan. Nanti, kalau rezeki sebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini! Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, dalam masa 10…20 tahun akan datang, tiada siapa yang tahu.

Sering kita dengar juga kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah SWT, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Kita semua sering memikirkan bagaimana kita boleh cuba menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang sekali kita fikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan diri kita supaya kewangan kita juga di masa hadapan akan terjaga. Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi. Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimatkan kewangan anda pada masa akan datang.

Kaya sebelum miskin

Harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah dan berzakat. Bila kita memberi, kita akan banyak menerima. Islam juga mahukan umatnya cemerlang. Apabila manusia cemerlang, maka pulangan yang kita terima juga pastinya akan cemerlang juga. Pasaran dunia adalah adil. Sekiranya kita hebat dalam apa yang kita lakukan, maka, pulangan yang kita dapat juga adalah hebat. Sekiranya skil kita adalah “biasa-biasa” sahaja, maka, pulangan yang kita dapat adalah biasa-biasa.

Tetapi, sekiranya kita tidak bagus dalam apa pun yang kita lakukan, maka, bayarannya juga adalah tidak bagus. Oleh itu, untuk mendapat pulangan yang baik, kita perlu cemerlang dalam pelbagai aspek. Dan bila kita dikurniakan rezeki yang lebih banyak, kongsi-kongsikan rezeki tersebut terutama kepada mereka yang amat memerlukan. Ianya tidak akan berkurang malah, akan bertambah lagi.

KEBOLEHAN akan menentukan apa yang kita mahu capai. MOTIVASI akan membantu untuk mencapainya. SIKAP adalah penentu sama ada kita akan capai atau tidak. Pastikan sikap kita menghargai dan menggunakan waktu sebaik baiknya sebelum hilang kesempatan tersebut.

Salam Inspirasi Kejayaan,

Irfan Khairi.

Tip Penting!

KEBOLEHAN menentukan apa kita mahu capai. MOTIVASI membantu untuk mencapainya. SIKAP penentu sama ada kita akan capai atau tidak.

 

 

 

 

2 thoughts on “Kaya sebelum miskin”

  1. Terbaik. Utk mulakan perniagaan mudah. Utk tutup lagi mudah. Yg perlu kita pelajari lagi dan lagi adalah cara mana nak #sustainable#

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × four =