Kejayaan Berjangkit

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contact kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan insan-insan yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Bak pepatah Inggeris yang berbunyi “If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys.”

Mastermind group

Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan “Mastermind” tersendiri, yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing.
Seringkali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep “kejayaan berjangkit ini.”

Dampingkan diri dengan kejayaan

Jika sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breed success

Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins, “Success Breed Success,” bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapakah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi, seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan berulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 12 =