Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Sergey Mikhailovich Brin adalah di antara salah seorang ikon internet yang tersenarai di dalam carta billionair yang terkemuka dan terkenal di dunia. Beliau juga adalah salah seorang pengasas Google.Inc dan termasuk juga rakan niaganya Larry Page.

Sejak kecil lagi Sergey Brin telah didedahkan dengan bidang perkomputeran dan bapa kepada Sergey Brin iaitu Mikhail Brin telah memberi pendidikan awal tentang selok-belok sistem pengaturcaraan komputer atau dalam bahasa inggerisnya juga lebih dikenali sebagai Computer Programming.

Beliau dilahirkan di Moscow. Pada ketika itu Rusia berada di bawah naungan Soviet Union pada 21 Ogos 1973 dan kini beliau telah membina empayar perniagaannya ke seluruh dunia, walaupun pada usianya yang masih muda . Kekayaan beliau pada ketika ini telah mencecah 18.7 billion dolar. Beliau juga pernah dikenali sebagai ahli Billionair termuda dalam senarai Forbes Billionaire.

Di sini juga memperlihatkan kita bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu, ianya tidak terbatas kepada sebarang had umur. Faktor sesuatu kejayaan itu adalah bergantung kepada usaha dan kreativiti seseorang individu dengan minitik beratkan tentang masalah dan peluang yang boleh diambil melalui keadaan sekeliling.

Google.Inc

Google Inc. adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan Enjin carian ke seluruh dunia. Di mana perkhidmatan ini adalah untuk mendapatkan pautan sesuatu data di dalam pencarian maklumat untuk mengakses sesuatu maklumat di internet.

Sistem enjin carian tersebut adalah sangat sukar untuk dibangunkan. Ini adalah kerana sistem tersebut mempunyai kiraan matematik dan susunan kepada sistem pengaturcaraan yang sangat kompleks. Sergey Brin telah membangunkan perisian komputer ini sejak beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford lagi bersama seorang rakannya iaitu Larry Page yang mana ketika itu, beliau sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang sains perkomputeran sebagai doktor falsafah. Namun, beliau menangguhkan seketika waktu untuk pengajiannya, kerana mereka telah menjalankan projek enjin pencarian ketika masih lagi di dalam proses pembelajaran tersebut.

Dengan tindakan berani tersebut beliau dan rakannya telah mendapat sambutan dan galakkan yang hebat daripada Universiti mereka. Pada awalnya mereka memulakan perniagaan syarikat Google ini disebuah garaj, di mana tempat ini menjadi tempat mereka untuk membangunkan sesuatu sistem dan tempat di mana operasi perniagaan mereka dijalankan.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 3 =