Kisah benar, ISTERI yang...

Bagaimanakah situasi seorang isteri yang tiba-tiba terpaksa menerima hakikat, suaminya kahwin lain? Betapa remuknya hati, kecewa dimadu dalam diam, hancur sebuah kebahagiaan yang bertahun-tahun dimilikinya seorang, kini terpaksa berkongsi kasih…

Bagi kebanyakan para isteri yang menghadapi situasi sebegini yang telah saya temui, berbicara soal rumah tangga mereka…kebanyakan menceritakan, kalau tidak berlaku pertelingkahan yang cukup panjang, pastinya tangisan, amukan jeritan lantang dan maki hamun yang selalunya terjadi.

Si suami pula, ada yang jenis senyap, dengar dan tunduk sahaja. Ada juga yang berminggu-minggu menghilangkan diri setelah si isteri dapat tahu penipuannya selama ini. Tidak kurang juga yang turut berlawan dan bertikam lidah, cuba memberi alasan untuk menyebelahinya. NAMUN, semua ini bukanlah yang hendak saya ceritakan, tetapi ada kisah menarik di dalam suasana tragis ini sebenarnya…

Kisah benar tentang seorang isteri yang saya anggap cukup, ‘GENIUS!’ menangani situasi getir ini. Beliau tidak mengamuk, tidak marah, tidak terjerit-jerit macam orang gila, dan tidak pula menangis, bersedih dan meratapi masalah ini. Sebaliknya, beliau menerima dengan tenang dan turut memberi senyuman seikhlas mungkin, ya… hati mana yang tak terguris, apabila sang suami menduakan kasih? Isteri mana yang mampu menandingi Saidatina Khadijah? Jiwa mana kan aman tenteram pabila suaminya tidur bersama perempuan lain, walau perempuan itu isteri barunya!

TETAPI itulah yang dikatakan otak geliga, genius, brilliant! Bijak menyembunyikan amarahnya, pandai pula mengambil hati suami… Menangis tetap menangis, bersedih pilu, kecewa sendu. Tetapi, tidak seperti sesetengah wanita yang apabila suami berkahwin lain pastinya akan mengamuk, terjerit-jerit marah pada suami. Sedangkan si suami sudah pun berkahwin, nak marah apa lagi? Tak boleh buat apa-apa lagi dah… Nak suruh cerai? BERDOSA! Jadi, terimalah seadanya, BUT, terima-terima juga, namun anda kena pandai mengawal situasi ini.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − two =