Madu Lebah - Ketahui dan kenali pemakanan As-Sunnah

Islam menggalakkan kehidupan seharian kita senantiasa mengikut sunnah nabi dalam pelbagai aspek. Bermula daripada cara kita berkomunikasi, beribadah, cara kita duduk, tidur malah di dalam makan dan minum juga. Ini kerana, dengan mengikut sunnah nabi, kita akan dapat menjaga adab dan tatasusila kita, sebagai seorang muslim yang sempurna iman dan akhlaknya.

Islam juga mempercayai hati yang hitam dan berkarat dengan sifat-sifat tercela dan keji adalah disebabkan, makanan-makanan kotor dan haram dimakan. Oleh itu mengambil makanan yang halal dan baik serta disediakan dengan sepenuh kasih sayang untuk dijamu kepada suami, keluarga dan sesiapa juga yang menikmatinya, akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta kasih sayang antara satu sama lain.

‘Sajian Mawaddah’ iaitu segmen khas kali ini memaparkan pemakanan-pemakanan as-sunnah untuk kesihatan diri, penuh berkhasiat dan yang pastinya halalan toyyiban di mana makanan ini merupakan kesukaan dan kegemaran junjungan mulia kita Rasulullah s.a.w. pada zaman dahulu.

Madu Lebah

Seperti yang diketahui umum bahawa Madu adalah merupakan penawar yang paling berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, dengan hanya mengambilnya sebagai minuman sahaja setiap hari. Ia merupakan pemakanan tambahan yang cukup berkhasiat untuk kesihatan bagi mereka yang kekurangan tenaga, mengalami masalah usus, masalah jantung, sakit kepala, sukar tidur dan sebagainya. Sememangnya, madu adalah makanan terbaik untuk kesihatan.

Telah dijelaskan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT dalam surah An Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di bangunan-bangunan yang dibuat manusia, kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-buahan, lalu ikutlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan.”

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =