Media Sosial - Promosi & Pemasaran

Ketika memulakan perniagaan Internet lebih kurang 12 tahun lalu, zaman itu dikenali sebagai web 1.0. Web 1.0 adalah laman web statik, yang mungkin mengandungi gambar-gambar sahaja. Kini, Internet dikenali sebagai web 2.0, yang merupakan laman web interaktif – di mana pemilik laman boleh mengemaskini laman dengan mudah dan pelawat laman web juga boleh melakukan interaksi di sesuatu laman web. Contoh-contoh laman web, web 2.0 yang popular adalah seperti blog, facebook, twitter, youtube, myspace dan friendster.  Atau lebih dikenali sebagai social networking.

Kini, usahawan Internet, mahupun usahawan konvensional tidak boleh lagi mengabaikan kehadiran laman-laman sosial ini. Tengok sahaja syarikat gergasi seperti Toys R Us, mereka mempunyai saluran YouTube. Lihat sahaja Coca-cola, mereka mempunyai berjuta pengikut di laman Facebook mereka. Dan kini, berbagai-bagai perniagaan menggunakan blog sebagai wadah untuk mengemaskini maklumat kepada pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan.

Tak kira sama ada perniagaan anda kecil-kecilan, sederhana ataupun besar, pemasaran menggunakan laman web sosial adalah dimestikan supaya kita tidak tertinggal oleh pesaing-pesaing kita.

Namun begitu, ramai yang menyalahgunakan kaedah pemasaran sosial ini. Yang paling jelas adalah kelakuan SPAMMING di Internet, yang bermaksud mempromosikan perniagaan secara membuta di laman-laman sosial akaun milik orang lain.

Sering kali, gambar kita di’tag’ dengan mesej pengiklanan atau seseorang meletakkan iklan perniagaan di ruang komen Facebook atau blog kita, ada juga yang menghantar email yang mempromosikan perniagaan mereka ke inbox kita tanpa kebenaran. Semua ini dikenali sebagai SPAMMING dan ianya JANGAN DIAMALKAN!

Spamming adalah satu kesalahan etika di Internet. Bukan sahaja itu, ia juga menjatuhkan kredibiliti seseorang usahawan. Di Internet, sekiranya kredibiliti kita jatuh, maka ianya adalah lebih sukar untuk ditingkatkan semula. Oleh kerana spamming adalah dilarang di lamanlaman sosial di atas (anda juga mungkin akan kena BANNED oleh pemilik laman tersebut) Jadi, apakah cara terbaik untuk promosi dan pemasaran di media sosial?

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =