Otak manusia adalah sangat unik dan kompleks. Terdiri daripada “100 million” saraf (neuron) untuk memproses segala aktiviti yang berkaitan dengan otak. Otak manusia jauh lebih canggih

daripada komputer.

 

“Tetapi, kita sering memandang rendah akan

keupayaan dan kemampuannya.”

 

Dikatakan bahawa seorang yang genius, Cuma menggunakan sekitar 5% sahaja daripada kebolehan minda. Terfikir pula saya bagaimanakah keadaannya jika seseorang itu menggunakan sebanyak 10% atau 20% daripada kekuatan mindanya?

 

Tidak perlulah kita melihat kepada mereka yang bertaraf genius, kerana setiap orang mempunyai potensi diri yang cukup hebat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya.

 

Seringkali kita mendengar kisah kejayaan seseorang yang bermula daripada kegagalan. Atau kisah mereka yang telah ditindas kemudian berjaya merubah hidupnya menjadi lebih baik, hebat dan kuat. Demikian jua kisah golongan istimewa yang mampu mencapai suatu tahap yang sangat luar biasa.

 

Apa yang berlaku dalam situasi ini ialah adalah disebabkan oleh desakan kuat untuk menaikkan

lagi semangat bagi mencapai sesuatu yang dihajati. Ketika berada dalam keadaan terdesak, minda

manusia akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

 

Sebenarnya, kita tidak perlu menunggu saat kegagalan menimpa terlebih dahulu, untuk menjadi

picu bagi mencapai sesuatu yang hebat.

 

Potensi manusia boleh dicungkil daripada diri sendiri pada bila-bila masa asal sahaja mengikut teknik dan strategi yang betul.

 

Disebabkan emosi yang dirasai sewaktu kesusahan dan kegagalan sering menjadi picu utama untuk mencari kejayaan, Jadi apa yang perlu untuk kita lakukan adalah mencungkil potensi kita dengan membayangkan kesusahan itu berlaku pada diri sendiri sehingga kita dapat merasakannya.

 

Maksudnya, kita perlu memikirkan dan membayangkan apa akan terjadi pada diri kita dalam tempoh satu tahun, 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak mahu mengubah sikap dan tindakan kita pada hari ini.

 

Bukan maknanya kita harus berfikir negative setiap masa, tetapi jadikan sebagai gambaran untuk mengelakkan sesuatu yang kita “tidak mahu” itu berlaku pada diri kita dan ia merupakan satu picu untuk kita berubah pada hari ini. Sebagai contoh, apakah satu perkara yang ingin anda ubah pada diri anda namun selalu tertangguh, atau tiada semangat untuk melakukannya, biarpun anda tahu sekiranya anda buat pasti ia akan membantu hidup anda?

 

Katalah jika anda ingin memulakan perniagaan baru untuk menambahkan pendapatan, tetapi kerana aktiviti harian yang begitu padat, akibatnya keinginan tersebut sering tidak menjadi

priority ketika ini – meskipun anda tahu, jika dapat melakukannya ia akan membantu menjana

pendapatan tambahan dan mengubah gaya hidup anda dan keluarga.

 

Dalam situasi itu, kita sering melewat-lewat kan waktu dan tidak mempunyai motivasi serta momentum untuk memulakan perniagaan tersebut.

 

Ini adalah kerana potensi diri sendiri tidak cukup mendesak untuk meneruskan apa yang kita hajat. Satu teknik yang boleh diguna pakai ialah wujudkan lebih banyak desakan dalam diri kita dengan membayangkan, apa akan terjadi sekiranya kita tidak memulakan perniagaan tersebut.

 

Bawa diri kita 1 tahun akan datang dan gambarkan bagaimana keadaan kita dan keluarga sekiranya kita tidak melakukannya. Bayangkan pula 5 tahun akan datang dan seterusnya 10 tahun ke hadapan.

 

Di dalam setiap bayangan, amat penting untuk melihat keadaan kita dengan jelas demi untuk mendapatkan emosi dan perasaan sulit yang mungkin terjadi pada diri sekiranya kita tidak

mengambil langkah memulainya daripada sekarang. Adakah keadaan kita menjadi seperti yang

kita idamkan 1, 5 atau 10 tahun akan datang?

 

Bayangan yang jelas akan mewujudkan emosi sama ada suka, atau duka. Keselesaan atau kesusahan. Dan emosi ini merupakan hal paling penting dalam memberikan motivasi kepada diri agar berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan.

 

Sesuatu aksi atau perbuatan kita bermula daripada minda. Dan apa yang perlu kita lakukan adalah mengaktifkan minda kita supaya yakin dan percaya bahawa “tidak melakukan” sesuatu akan memberi kesusahan yang amat sangat pada masa yang akan datang dan dengan “melakukan” sesuatu pula akan memberi kita kesenangan.

 

 

 

 

Salah satu skil yang perlu dimiliki dalam mencungkil potensi diri adalah persepktif masa. Ertinya adalah kebolehan kita menggambarkan keadaan kita pada masa hadapan. Ini kerana manusia lebih dimotivasikan oleh kesusahan, maka, teknik paling berkesan ialah dengan membayangkan kesusahan yang bakal berlaku.

 

Seandainya punya matlamat untuk memulakan perniagaan, tetapi sukar untuk mencari motivasi

bagi memulakannya, maka gambarkan kesusahan tersebut kiranya kita tidak memulakan langkah daripada sekarang.

 

Melalui teknik ini bermakna kita telah menggunakan bahagian minda kita yang jarang digunakan sebelumnya, disebabkan sikap manusia yang hanya berfikir tentanga apa yang kini dan masa sekarang.

 

Mencungkil potensi diri untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat memerlukan kita melihat masa hadapan. Justeru, dengan menguasai minda,

kita akan berjaya menguasai aksi yang kita lakukan ke arah kejayaan.

 

Salam Inspirasi Kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =