Michael Dell - Chairman dan CEO Dell Computer Corporation

Michael Dell adalah pengasas dan CEO kepada Dell Inc., iaitu sebuah syarikat pembekalan komputer peribadi. Jenama Dell tidak asing dalam bidang perkomputeran yang mana ia merupakan salah satu jenama yang dipercayai ramai. Michael Dell dianggap sebagai “business magnate” dalam bidang perkomputeran kerana begitu sukses dan berjaya membina kekayaan melalui bidang ini.

Mungkin ada yang tidak tahu, kejayaan Michael Dell sekarang yang telah mengecapi kejayaan demi kejayaan, menjadi jutawan dan memiliki harta berbillion dollar, bermula dengan modal $1000 dollar sahaja pada tahun 1984, di mana pada ketika itu beliau baru berumur 19 tahun.

Kini, syarikat Dell telah mempunyai lebih daripada 100,000 orang pekerja di seluruh dunia dalam melaksanakan misi utama mereka, iaitu membekalkan komputer dan teknologi perkomputeran yang terbaik kepada pelanggan.

Senarai yang dikeluarkan oleh Forbes pada tahun 2012, menyatakan Michael Dell sebagai orang terkaya ke-41 di dunia, dengan nilai bersih kekayaan sebanyak $15.9 billion dolar pada Mac 2012.  Namun, bukan kedudukan beliau ini yang kita perlu lihat, tetapi bagaimana beliau bermula, resipi kejayaannya dan cabaran-cabaran yang beliau hadapi sehingga menjadi usahawan yang berjaya dan kayaraya.

Michael, adalah seorang yang meminati dunia perkomputeran dan perniagaan sejak kecil lagi. Satu perkara yang menarik adalah, beliau telah membuka (menyelongkar) bahagian dalaman komputer “Apple” yang diperolehinya semasa hadiah hari jadinya yang ke-15. Dari situ beliau belajar bagaimana sebuah komputer dipasang dan berfungsi.

Sehinggalah semasa menuntut di Universiti, beliau melakukan bisnes pemasangan dan pembekalan
komputer, di mana hanya beroperasi dari bilik hostelnya. Namun, sama seperti ikon kejayaan yang lain, Michael tidak kekal lama dalam dunia akademik. Beliau menarik diri (drop out) dari Universiti of Texas untuk lebih serius dengan bisnes yang dilakukannya. Satu perkara penting yang perlu diketahui adalah, beliau drop out bukanlah kerana dirinya tidak berminat dengan dunia akademik.

Ini terbukti pada umurnya 8 tahun, beliau berjaya di sekolah tinggi dengan cemerlang. Beliau merupakan seorang pelajar yang bijak. Maka tidak hairanlah, disebabkan dirinya yang bijak itu, beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 3 =