Minda Kaya VS Minda Miskin

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel di ruangan Arena kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik daripada minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi. Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk menanggung perbelanjaan bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan yang akan datang!”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

Minda kaya melihat “dua” pilihan, manakala minda miskin melihat hanya “satu” pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat satu sahaja pilihan seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai satu pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga. Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai satu pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =