Nike - Asalnya Dijual Hanya Dari But Kereta

NIKE “Just do it” adalah satu jenama besar yang amat terkenal di seluruh dunia, terutama di dalam bidang penjualan kasut sukan dan juga pelbagai pakaian sukan yang cukup selesa dan berkualiti tinggi.

Syarikat yang diberi nama Nike, Inc. Adalah sebuah pertubuhan dari Amerika yang dipanggil, “American multinational corporation” yang terlibat dalam reka bentuk, pembangunan dan pemasaran pakaian sukan di seluruh dunia seperti jualan kasut, baju, seluar, segala kelengkapan, aksesori dan perkhidmatan sukan.

Pencapaian Nike

Syarikat ini beribu pejabat berhampiran Beaverton, Oregon, di kawasan metropolitan Portland. Ia adalah pembekal terkemuka di dunia bagi kasut sukan dan pakaian juga pengeluar utama peralatan sukan, dengan pendapatan melebihi US$24.1Billion untuk tahun 2012 (berakhir 31 Mei, 2012) dan syarikat NIKE juga mempunyai bilangan pekerja seramai lebih daripada 44,000 orang di seluruh dunia.

Pencapaian NIKE, sememangnya adalah satu kejayaan yang amat besar sehingga kini, apatah lagi apabila Jenama NIKE sahaja sudah bernilai US$10.7 Bilion dan menjadikannya jenama yang paling berharga di antara kesemua jenama-jenama di dalam perniagaan sukan. Asalnya syarikat ini diasaskan pada 25 Januari 1964 dengan nama Blue Ribbon Sports oleh Bill Bowerman seorang jurulatih sukan kepada pelajarnya Phil Knight yang berkecimpung di dalam bidang lumba lari di universitinya.

Apabila perniagaan mereka mulai menapak, mereka kemudiannya menukarkan secara rasmi menjadi Nike, Inc pada 30 Mei, 1978.

Nama Nike diambil sempena dengan nama Dewi Kemenangan kaum Yunani sebenarnya, dan ia kekal sehingga ke hari ini. Nike memasarkan kesemua produknya di bawah jenamanya sendiri, seperti Nike Golf, Nike Pro, Nike +, Nike Air Jordan, Nike Skateboarding, dan anak-anak syarikatnya pula adalah termasuk Cole Haan, Hurley Antarabangsa, Umbro dan Converse. Nike banyak menaja atlet-atlet sukan yang terkenal dan berprofil tinggi di seluruh dunia, dengan tagline terkenalnya dan sangat diiktiraf “Just Do It” berserta logo “Swoosh”.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =