Norman KRU - Pencetus Generasi Kreatif

Penubuhan Akademi KRU yang telah pun beroperasi dari tahun 2012 menyaksikan satu perkembangan yang amat positif khususnya, di dalam industri kreatif di negara ini. Sehubungan itu, kami di Majalah Inspirasi Kejayaan telah menemu bual Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Encik Norman Abdul Halim barubaru ini, selepas sesi mesyuarat bersama Irfan Khairi yang sedang berkerjasama mengusahakan Road Tour Seminar, “Buat Duit di Era Digital.”

Assalamualaikum Saya Jay dari Majalah IK. Ingin menemu bual Encik Norman tentang penubuhan KRU ACADEMY.

Bagaimanakah tercetusnya idea penubuhan KRU ACADEMY?

Ianya datang daripada keperluan kami sendiri untuk mendapatkan tenaga kerja yang terlatih. Tetapi, pada masa yang sama kami berikan tumpuan lebih khusus kepada latihan vokasional berbanding dengan akademi, bila kami buatkan kajian untuk mewujudkan pusat latihan ini, kami telah memilih hala tuju kami iaitu melalui latihan vokasional.

Ianya adalah kerana industri kreatif lebih mengutamakan bakat daripada kelayakan sesuatu bidang. Kami memberi tumpuan dan keutamaan untuk mengasah bakat golongan muda ini menceburi bidang kreatif, dengan penggunaan perisian terkini dan peralatan tercanggih untuk menghasilkan produk yang boleh dikomersilkan. Saya melihat industri kreatif ini sama seperti bidang sukan.

Ahli sukan, tidaklah perlu mendapat latihan akademik yang terlampau tinggi tetapi, jika mereka berbakat sebagai atlit, mereka boleh menyertainya. Sama juga dengan kami di sini, sekiranya mereka berbakat, kreatif, mereka tidak perlu melalui proses yang terlalu lama untuk berjaya.

Bagaimana respon orang ramai setakat ini tentang KRU ACADEMY?

Responnya sangat baik! Apabila kita buat promosi, road tour dan sebagainya, memang banyak permohonan. Tetapi buat masa sekarang ini, kami mempunyai kapasiti yang terhad dan lebih menumpukan kepada pemilihan kumpulan yang kecil.

Untuk intake yang pertama dan kedua ini kami sasarkan, tidak melebihi 50 orang. Tetapi, pada masa-masa akan datang kita akan perbesarkan lagi jumlah kelas dan kursus-kursus yang lain. Kita berharap pada penghujung tahun ini, kita akan cuba capai sasaran kami, untuk ada sekurang-kurangnya 100 orang pelajar.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =