Penipuan di Internet!

Kes-kes kena tipu di Internet, malangnya ada juga terjadi. Selalu ketika saya memberi ceramah-ceramah tentang perniagaan atau workshop, saya sering mendapat soalan-soalan seperti “Boleh percaya ke perniagaan Internet ni?”

Jawapan yang boleh saya berikan adalah, bukan hanya perniagaan Internet sahaja yang selalu berlaku penipuan. Perniagaan bukan Internet pun ada juga yang kena tipu malah lebih lagi. Sampai berpuluh dan beratus-ratus ribu hangus begitu saja apabila ditipu oleh si penyeleweng!

Sementelahanlah pula dengan perniagaan seperti projek-projek perumahan atau penjualan hartanah? Perniagaan MLM? Mail order? Malah perniagaan trading pun semuanya tidak dapat lari daripada berlakunya penipuan. Setiap apa perniagaan yang mempunyai keluar masuk wang ringgi, pasti akan ada, ‘hantu’ yang akan cuba memperdayakan kita. Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) itu sendiri sama ada nak tipu atau tidak. Internet tidak boleh disalahkan. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada saya dan bertanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “E-mel yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.

Kebanyakannya adalah TIPU semata-mata. Di sini saya ingin memberi peringatan kepada anda semua agar berhati-hatilah bila…

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + sixteen =