YA! – Anggap perniagaan Internet anda bermodalkan RM20,000!

Memulakan perniagaan Internet memerlukan kos yang amat rendah – kurang dari RM200 pun sudah boleh memulakan perniagaan Internet. Diambil kira, bayaran bulanan untuk web hosting (sewa tapak kedai kita) dalam
RM20 sebulan pun boleh menjalankan perniagaan sehingga peringkat antarabangsa.

Namun, ianya adalah satu kelemahan apabila kos rendah, kita sering tidak mengambil endah atau berikan tumpuan yang kurang terhadap perniagaan kita.

Saya pernah memulakan perniagaan bukan Internet (offline) beberapa tahun lalu bermodalkan RM40,000. Wow… memikirkan wang yang dilaburkan sebanyak itu, setiap masa kita akan tumpukan perhatian. Setiap hari tidak mengenal erti cuti kerana kita perlu fokus mengusahakan perniagaan kita. Kesemua kerjakerja “leg work” yang sukar juga kita akan lakukan ke hulu dan ke hilir.

Tekanan yang diberikan adalah amat tinggi! Belum lagi dikira sewa tapak perniagaan. Anggaran RM1,500 sebulan (tak masuk kos overhead elektrik, aircond, air, internet, insurans dan sebagainya). Nak bayar gaji, overtime dan bonus staff lagi!

Oleh kerana wang yang dilaburkan adalah besar, dan bayaran bulanan adalah tinggi, 100% usaha dan tenaga dicurahkan untuk perniagaan kita tu adalah 24 jam sehari!

Tapi, bila perniagaan Internet, modal yang diperlukan adalah rendah, seperti harga sekali beli barang-barang dapur di TESCO, dan sewa bulanan juga amat rendah, seperti sekali bawa keluarga makan di McDonald’s sahaja. Overhead pun tiada – Cuma tolak bayaran bilbil asas rumah sahaja… ini menjadikan perniagaan itu TIADA TEKANAN!

JADI, untuk memberikan daya motivasi yangtinggi dalam menjalankan perniagaan Internet,

  • Anggaplah bahawa modal yang anda keluarkan digandakan 100x!

“kalau modal RM200, ertinya anggap bahawa anda telah melaburkan RM20,000! Bayar bulanan web hosting yang RM20 sebulan, anggap anda membayar RM2,000!”

Sekarang, anda akan dapat merasai tekanan dalam menjalankan perniagaan. Sudah pasti anda akan mencuba sedaya upaya mengusahakan perniagaan Internet anda agar ianya berjaya dalam masa yang terdekat. Semangat anda akan berkobar-kobar, keinginan anda juga akan membara untuk mendapatkan sebuah kejayaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 5 =