Picu Motivasi Anda

Sering saya ditanya ketika temubual media atau mengendalikan ceramah di seluruh Malaysia “Apa yang memotivasikan IK ketika muda dulu?” (sekarang pun masih lagi muda!)

Jawapan saya sering disambut dengan sedikit kepelikan oleh kerana jawapan saya adalah “Muzik”. Saya membesar ketika zaman muzik rock, rap dan juga bermulanya era nasyid kontemporari. Antara artis yang saya minat adalah Bon Jovi, Def Lepard & MLTR. Manakala tempatan pula adalah KRU, Ella & Raihan.

Namun, minat saya bukan sahaja pada lagu yang didendangkan, tetapi juga kejayaan yang dicapai. Pernah terbaca mengenai Bon Jovi ketika itu, bahawa kejayaannya membolehkan kumpulannya memiliki kapal terbang untuk mengendalikan tour serata US dan dunia!

Bila dilihat rumah mereka juga, besar-besar belaka! Tak kurang juga dengan artis tempatan kita seperti KRU ketika itu telah mencapai kejayaan yang cemerlang dan Ella mencapai jualan album sehingga memecah rekod. Raihan pula menjangkau pasaran antarabangsa dalam masa yang singkat. Oleh kerana minat yang mendalam dengan muzik dan artis-artis tersebut, ia membuatkan saya terfikir bahawa mereka melakukan perkara yang mereka suka iaitu, menyanyi, dan kemudian mencapai kejayaan yang cemerlang.

Terdetik di hati, aku pun boleh! Tapi bukanlah menyanyi… sebaliknya dalam bidang sendiri!

Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderella Man dan Chariots of Fire.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − 2 =