STRATEGI PROMOSI BIJAK – Walaupun Colonel Sanders sudah lama meninggal dunia, KFC masih menggunakan orang yang menyerupai ikon logo mereka itu untuk menarik minat pelanggan agar terus mengingati BRANDING mereka. Sebut sahaja mengenai Kentucky Fried Chicken (KFC), pasti ramai yang terliur dengan keenakan dan keempukan ayam goreng rangup keluarannya. Lebih-lebih lagi apabila ia masih ‘fresh’ dan panas ketika dihidangkan.

KFC terkenal kerana ayam gorengnya merupakan ketulan ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Ayam goreng KFC bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa, malah kanak-kanak juga turut menggemarinya. Namun begitu, tahukah anda siapakah yang mengasaskan makanan segera Kentucky Fried Chicken yang sangat popular ini?

Kita sering ternampak gambar atau replika orang tua berjanggut putih di kebanyakan outlet KFC mahupun pada iklan-iklan berkaitan KFC yang dipaparkan. Ramai yang mengetahui dan mengaitkan orang tua berjanggut putih itulah pengasas kepada KFC, apatah lagi, ia juga terpampang jelas disemua logo KFC. Namun begitu adakah kita mengetahui selanjutnya mengenai kisah hidup “Orang tua berjanggut putih” ini? Apakah usaha yang telah dilakukan
semasa hidupnya sehingga kini, walaupun dia sudah tiada lagi, KFC tetap berdiri gah di pasaran dunia!

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + nine =