Ryan Seacrest adalah penyampai radio Amerika, pengacara televisyen dan penerbit popular di dunia. Beliau amat terkenal di peringkat antarabangsa sebagai hos kepada salah sebuah rancangan paling top di dunia iaitu American Idol.

Kerana bakat dan kreativitinya yang semulajadi, beliau telah dicalonkan untuk anugerah “Emmy” dalam “Hos Paling Cemerlang bagi Rancangan Realiti atau program Realiti” kategori khas hasil karyanya dalam American Idol. Beliau juga telah memenangi Anugerah Emmy bersama-sama pengacara old timer yang sangat popular di Amerika Regis Philbin dan Kelly Ripa untuk “2005 Walt Disney World Christmas Parade.”

Sebagai penerbit televisyen, Ryan Seacrest telah memenangi Anugerah Emmy untuk Revolusi Makanan ABC yang menonjolkan Selebriti Chef terkenal, Jamie Oliver. Di radio KIIS-FM, beliau adalah penyampai radio utama bagi “On Air with Ryan Seacrest” dan carta muzik popular “American Top 40” – Di samping pelbagai lagi rancangan-rancangan popular lain yang dikendalikan dan dihoskan oleh beliau.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 7 =