Di kampung atau di pendalaman, jika mahu minum kopi, sudah pasti di warung “Pak Ali,” atau jika tidak pun, di warung “Makcik Timah.” Namun, lain jika di bandar terkemuka dan ibu kota. Sudah pasti corak persekitaran amat berbeza. Orang kota, biasanya lebih memilih sesuatu yang terkini, profesional, memberi kepuasan dan keselesaan. Jika mahu minum kopi, salah satu jenama yang terus datang menjengah di fikiran adalah Starbucks, iaitu satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan warga kota.

Persoalan yang menarik adalah, bagaimana Starbucks membina kejayaan mereka dan juga jenama itu sehingga melekat dalam minda pelanggan? Kemudian persoalan yang lain pula adalah, walaupun harga secawan kopi mereka berlipat kali ganda berbanding segelas kopi di kedai mamak, mengapa masih ramai yang ringan kaki pergi menikmati kopi di Starbucks?

Untuk artikel Inspirasi Biz kali ini, kami akan mendedahkan sejarah mereka secara ringkas dan juga resipi kejayaan mereka, daripada tiada apa-apa sehingga menjadi ‘RAJA’ dalam industri ini.

Kisah inspirasi ini ditulis bukan untuk mengagungkan Starbucks, tetapi sebaliknya bertujuan agar kita dapat melihat beberapa strategi yang boleh dipraktikkan untuk perniagaan kita.

Sejarah Permulaan

Empayar ini bermula pada tahun 1971 di Seattle, Washington, U.S. Nama Starbucks dipilih daripada sebuah novel klasik Amerika bertajuk “Herman Melville’s Moby Dick.”

Pengasas asal Starbucks adalah terdiri daripada tiga orang rakan, iaitu Jerry Baldwin (guru bahasa Inggeris), Zev Siegel (guru subjek sejarah) and Gordon Bowker (penulis). Inspirasi mereka adalah Alfred Peet, iaitu seorang usahawan yang pakar bidang ini.

Pada tahun 1980, Zev Siegel telah keluar dari Starbucks. 1982 pula, Howard Schultz telah menyertai Starbucks. Beliau pada mulanya bertugas di sebuah syarikat pembekal yang membekalkan peralatan kepada Starbucks. Namun kerana beliau semakin minat terhadap bidang penyediaan kopi panggang (coffee roasting), beliau telah dibawa masuk ke dalam pasukan pengurusan syarikat Starbucks. Sehingga kini, beliau adalah pengarah, presiden dan CEO Starbucks.

Beberapa tahun selepas itu, beliau telah terdedah dengan “budaya” meminum kopi di Itali. Beliau melihat orang di sana menikmati minuman kopi berjam-jam lamanya, sambil bersosial, membaca dan lain-lain lagi. Atas hasil positif itu, beliau mahu membawa konsep yang sama ke Amerika.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 8 =