Sumber Rezeki Membentuk Peribadi

Hati merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Oleh itu, ia perlu dijaga dengan sebaik mungkin agar tidak tercemar dan ternoda dengan sebarang perkara yang boleh merosakkan atau mencacatkannya.

Jika wajah kita ingin sentiasa kelihatan cantik dan menawan setiap masa, begitu juga dengan hati. Ianya perlu dijaga seelok-eloknya, agar senantiasa jernih, bersih serta tidak berkarat dan hitam. Hati yang terjaga dengan baik tidak akan terhijab walau sedikit pun jika ia selalu digilap dengan sifat-sifat mazmumah di dalam diri. Jauhkan diri daripada perasaan buruk sangka, hasad dengki, iri hati, khianat mengkhianati, bencimembenci dan sebagainya.

Sebaliknya tanam dan suburkanlah sifat-sifat yang baik agar hidup sentiasa tenang dan tenteram supaya kehidupan menjadi lebih indah, bahagia dan sejahtera setiap masa.

Dengan itu, apabila hati dijaga dengan elok, maka keseluruhannya akan menjadi baik dan sempurna kerana di hatilah terpancar cahaya keimanan dan ketaqwaan yang terpamer di wajah seseorang insan.

Ini disebabkan “Hati” adalah sarang segala bentuk kebaikan mahupun kejahatan. Perkara paling utama untuk menjaga hati ialah dengan menentukan sumber rezeki yang menjadi darah daging kita setiap hari melalui pemakanan dan sumber rezeki yang diperolehi sama ada halal, haram atau syubahah.

Jangan mengambil hak orang lain (terutama harta anak-anak yatim).

Disebabkan terlalu memburu kesenangan dan kemewahan duniawi, manusia hari ini sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat dan impian masing-masing tanpa mengira apa pun, walau terpaksa menindas dan mengambil hak orang lain, asalkan kemewahan dapat diraih dengan mudah dan hajat hati tercapai. Ramai yang gemar mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kekurangan insan lain. Ini amat-amat dikesali dan tidak wajar berlaku dalam kehidupan yang berlandaskan Islam dan juga masyarakat kita amnya.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + eighteen =