Tip 1 Minit. Q & A perniagaan dan kewangan bersama Irfan Khairi

Walau jadual yang padat bulan ini, namun saya sekali lagi tetap meluangkan sedikit masa untuk menjawab persoalan-persoalan daripada anda semua ‘followers’ sejati yang setia menanti. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa pula Q&A kali ini.

Q1 : Azizul Rizal Zulkapli

“Apakah cara yang paling berhemah untuk menangani mereka yang memburuk-burukkan produk kita di facebook fan page?”

A :

Pertama sekali, tahniah! atas kesudian anda bertanya untuk mengetahui cara paling berhemah, bagi menangani sebarang masalah yang dihadapi dalam perniagaan. Bukan senang ya untuk bersabar. Sekiranya orang memburukkan produk kita- mesti terasa hendak melenting sahaja!

Namun, kesabaran akan membawa perniagaan kita pergi lebih jauh. Kita juga sedia maklum, sekiranya kita turut memburukkan orang lain atau pun pesaing kita, nanti 10 orang lain lagi akan memburukkan kita pula. Oleh itu, langkah bijak harus diambil, jangan memburukkan mereka kembali. Di facebook terutamanya, akan membolehkan orang ramai melihat cara anda dalam menangani masalah tersebut. Ambil peluang ini untuk menunjukkan sikap “profesionalisme” anda. Jangan membalas dengan emosi, tetapi perlu diperbetulkan salah tafsir orang lain ke atas produk anda. Sebagai contoh, sekiranya orang memburukkan produk anda, maka, anda bolehlah membalas begini “Maafkan saya, kemungkinan saudara tersalah maklumat. Izinkan saya untuk memperbetulkannya bahawa produk saya tidaklah seperti itu, tetapi, produk saya …..”

Teruskan bersabar dan orang ramai akan lebih menghormati diri anda. Ini juga merupakan satu peluang untuk anda dedahkan manfaat produk tersebut kepada umum.

Q2 : Amirul Yusof

“Bagaimana cara untuk kita nak memotivasikan lagi staf kita bagi mendapatkan result yang lebih baik dari segi jualan dan self development? Thank you.”

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 1 =