Tip 1 Minit. Q & A perniagaan dan kewangan bersama Irfan Khairi

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi masa yang terluang untuk saya sekali lagi menjawab persoalan-persoalan daripada anda semua ‘followers’ sejati yang setia menanti. Saya amat hargai minat dan kesungguhan anda untuk berjaya di dalam bidang perniagaan. Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa pula Q&A kali ini.

Q1: Cyclop Emy

As-salam. Bagaimanakah nak mempromosikan sesuatu produk di dalam website kita supaya ia tidak nampak boring, sebaliknya kelihatan menyerlah dan mendapat kepercayaan daripada pengunjung dan pembeli untuk membeli secara online?

A:

Ketika hari pertama saya di kelas reka cipta di University Staffordshire, UK, penceramah saya masuk ke dewan kuliah dan menulis dengan besar di papan hitam “K.I.S.S”. Kami, selaku pelajar baru tertanya-tanya dalam fikiran. Apakah yang dimaksudkannya?

Kemudian, lecturer tersebut pun menjelaskan. Pengajaran pertama dalam menghasilkan laman web yang cantik dan profesional adalah “Keep It Simple Stupid!” Dia panggil kita pula stupid! Tetapi ia merupakan satu pengajaran yang sentiasa sentiasa saya ingat sehingga kini. Laman web sebenarnya tidak perlu menyerlah dari segi hiasan perkataan
atau warna bergerak sana sini. Laman web juga tidak perlu mempunyai elemen-elemen yang rumit. Cukup sekadar simple dan mudah adalah yang terbaik untuk laman web.

Ertinya, untuk meningkatkan kepercayaan kepada pengunjung yang ingin membeli produk kita, apa yang pentingnya adalah maklumat yang ingin kita sampaikan supaya dapat meyakinkan orang ramai. Namun demikian, tidak dinafikan, grafik tetap lagi penting, iaitu cara persembahan grafik di laman web kita perlu kelihatan mudah dan profesional dan tidak seperti dibuat oleh seseorang yang tidak berpengalaman. Di sini, anda juga boleh mendapatkan bantuan web designer untuk laman anda, tetapi, pesan pada mereka tidak perlu terlalu rumit. Pesan pada mereka, KISS!

Q2 : Muhammad Faiz Mohamed Saaid

Bagaimanakah caranya untuk mempromosikan barang-barang 2nd hand, Adakah ianya berbaloi atau tidak?

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 7. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × one =