Berdasarkan daripada laporan syarikat penerbitan terkenal Amerika, FORBES, Chef yang mendapat bayaran termahal didunia dari 2011 – 2012 dikira bukan saja dari restoran-restoran mereka di seluruh dunia, tetapi juga melalui, rancangan televisyen, buku, akademi masakan dan juga duta/jurucakap barangan jenama terkenal. Edisi kali ini memaparkan carta top 10 chef yang terkaya di dunia.

Chef : Bobby Flay
Income : USD 1.5 Juta Setahun

Pemilik dan ChefEksekutif kepada 12 buah Restoran Mesa grill di Las Vegas, New York dan Restoran Bahamas di Atlantis Paradise, Restoran American di New York City dan Uncasville, Connecticut. Memiliki Restoran Bobby Flay Steak di Atlantic City dan Bobby’s Burger palace di Lake Grove, New York, East Garden City, Paramus, New Jersey, Philadelphia dan 4 buah di daerah lain. Flay mengacarakan 7 buah Program Food Network dan telah dinobatkan sebagai tokoh televisyen Great Chefs.

Chef : Nobuyuki Matsuhisa
Income : USD 5 Juta setahun

Lahir pada 10 Mac 1949 di Saitama Jepun. Sangat terkenal dalam hidangan cuisine yang mengadunkan rempah ratus tradisional Jepun dengan hidangan Amerika Selatan. Makanan yang menjadi pencuci mulut dan menjadi trademark beliau adalah sejenis hidangan yang dinamakan black cod in miso. Beliau pakar dalam hidangan sushi. Beliau telah berhijrah ke Tokyo, Peru, Argentina dan Alaska. Beliau yang juga merupakan Chef selebriti adalah pemilik 13 buah rangkaian Restoran di U.S. dan 19 lagi sdi seluruh dunia.

Memiliki 2 buah restoran yang dinamakan  Silk Road dan The Sushi Bar (Crystal Symphony dan Serenity di Crystal Cruises, sebuah Cruise mewah di Jepun. Hidangan trademark beliau adalah sejenis makanan yang dinamakan black codin miso.

Chef : Alain Ducasse
Income : USD 5 Juta setahun

Berasal dari Perancis, dan mempunyai 22 rangkaian restoran yang berpengkalan di Tokyo hinggalah ke Paris. Beliau telah menyandang anugerah 3 bintang (anugerah tertinggi) dalam Michelin Guide. Ducasse menjadi chef pertama yang mempunyai restoran sendiri dan mendapat tiga Bintang Michelin di tiga bandar. Ducasse dikenali melalui penulisan dan pengaruh beliau. Ducasse juga adalah satusatunya chef yang memegang 19 bintang Michelin sepanjang kerjayanya. Ducasse telah memperluaskan empirenya dengan membuka sekolah memasak untuk orang awam di Paris dan satu lagi untuk chef (ADF), yang juga bekerja untuk Agensi Angkasa Eropah untuk membangunkan makanan angkasawan yang akan diambil ke angkasa lepas.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 6. Hubungi kami Di Sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 13 =