Transformasi Ekonomi Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir

Dalam sessi bicara berkenaan dengan TRANSFORMASI EKONOMI bersama TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kami dari majalah IK, berkesempatan membuat liputan perbualan beliau bersama usahawan-usahawan muda termasuk Irfan Khairi sebagai usahawan muda speaker undangan sepanjang sessi ceramah tersebut berlangsung. Sama- sama kita ikutinya.

Antara intipati-intipati penting ceramah Dato’ Mukhriz ialah, beliau menjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan TRANSFORMASI.

Apa yang ingin dibicarakannya ialah mengenai “Program Transformasi Ekonomi” kata beliau, ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi sesebuah ekonomi yang sedang berkembang dengan pesat.

Namun begitu pada waktu yang sama menghadapi pelbagai cabaran. Contohnya, seperti harga minyak naik, harga barang naik di luar sana, tetapi tempiasnya tetap dirasai oleh kita di Malaysia.

“Jadi, disebabkan perubahan-perubahan yang berlaku di luar, maka kita juga terpaksa, mahu tak mahu bertransformasi supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut, dan kadangkadang disebalik cabaran ada peluang. Maka kita kena pandailah mencari peluang ataupun kesempatan di sebalik cabaran ataupun masalah. Dalam bahasa Inggerisnya “There two sides of the coin. On One side is challenges and problems, The Other is opportunitites.” Jadi kita perlulah cari di manakah letaknya peluang-peluang itu.” kata Dato’ Mukhriz Mahathir.

Di dalam program transformasi ekonomi ini, kata kuncinya ialah TRANSFORMASI dan Transformasi BUKAN bermaksud perubahan. Ini kerana dengan berubah sahaja ia tidak cukup untuk mentransformasikan sesuatu ekonomi.

Transformasi memerlukan sedikit pengorbanan sepertimana perjuangan, sebab istilah perjuangan ini , ia mesti sekali dengan pengorbanan. Kita mesti tahu bagaimana kita berkorban, tetapi berkorban untuk sesuatu yang lebih baik. Jadi, sekiranya kita mengambil setapak undur ke belakang, tujuan kita adalah untuk mengambil sepuluh tapak lagi maju ke depan. Bukannya kita nak refresh tetapi kita nak ke depan.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 8. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 5 =