Yusry KRU

Yusry dilahirkan di Kuala Lumpur pada 15 Jun 1973. Anak lelaki kedua kepada Abdul Halim Kamal dan Zarina Abdul Wahab. Yusry bermula sebagai salah seorang anggota band adik-beradik KRU, dengan dua saudara lelakinya, Norman dan Edry, pada tahun 1992. Kini, beliau menerajui KRU Motion Pictures yang dimiliki oleh ketiga-tiga adik-beradik KRU ini.

KRU Masterclass yang kini sedang berjalan lancar juga, menampilkan Yusry sebagai salah seorang speaker yang berkebolehan tinggi. Sehubungan itu kami juga turut menemubual beliau. Mari kita ikuti wawancara tersebut.

Assalamualaikum Encik Yusry… Saya Jay dari Irfan Khairi Sdn Bhd, saya sebenarnya amat tertarik dengan kredibiliti Encik Yusry daripada seorang selebriti terkenal menjadi seorang pengarah filem.

Boleh kongsikan sedikit, bagaimana Encik Yusry mula berkecimpung di dalam bidang pengarahan filem ini?

YUSRY : Ia bermula daripada pengarahan video muzik kerana sebagai seorang artis serta penyanyi, mereka mesti mempunyai video muzik sendiri, tercetusnya minat membuat video muzik ini adalah dari memerhati pengarah bagaimana mereka melakukannya. Dari situ bermulalah minat untuk mempelajari sendiri tentang selok beloknya, walaupun tidak secara mendalam.

Selalunya artis lain, selepas mereka habis berlatih mereka akan terus pulang ke rumah, jika ada penggambaran saya akan selalu datang awal daripada biasa dan memerhati bagaimana mereka setting up. Saya mesti akan banyak bertanya mengenainya melalui pengarah, walau bagaimananapun saya tidak terus mengarah. Selepas penglibatan saya dalam video muzik, saya lebih tertarik dengan kerja belakang tabir seperti editing kerana kerja editing muzik dan gambar akan melalui proses lebih kurang sama.

Saya bermula dengan kerja editing dahulu. Selepas editing, saya lebih tertarik dengan cara membuat klip video tetapi kebanyakan klip video memerlukan computer generated imagery (CGI). Pada masa itu, saya belum terdedah lagi dengan ilmu CGI, lalu saya belajar sendiri. Tentang CGI ini, saya banyak belajar melalui buku-buku yang saya beli, saya banyakkan ilmu CGI ini dengan membaca berbagai jenis buku. Beberapa tahun selepas itu baru saya cekap mengendalikan CGI.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 10. Hubungi kami Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 4 =