Zubair Al-Awwam - Menggadaikan Segala Harta Benda Demi Islam

Dengan kekuatan jasmaniah dan rohaniah serta keteguhan iman yang dimilikinya, Zubair AlAwwam bin Al-Khuwailid bin Al-Qurasyi Al-Asadi atau juga lebih dikenali dengan nama Abu Abdillah atau juga dipanggil sebagai “Hawari Rasulullah s.a.w.” yang bermaksud (Sahabat setia nabi)

Zubair Al-Awwam sanggup berjuang dan berkorban apa sahaja demi Islam addin yang syumul, walau terpaksa bergadai harta dan nyawa sekalipun. Itulah yang menyebabkan baginda Rasulullah s.a.w. amat menyayangi beliau yang juga seorang sahabat yang sering merindukan untuk mati syahid.

Ketika berusia 15 tahun, Zubair Al-Awwam telah berjaya memeluk Islam setelah diberi taufik dan inayah oleh Allah SWT kepadanya, kala usia meningkat remaja. Beliau adalah antara tujuh orang yang terawal mendapat petunjuk dari Allah SWT dan juga merupakan bakal tetangga nabi sewaktu di syurga kelak. Alangkah bertuahnya seorang insan bernama Zubair Al-Awwam, kerana bakal menemani Rasulullah s.a.w. di dalam syurga Allah SWT Azzawajalla nanti, antara 10 sahabat yang telah dijamin syurga oleh Allah SWT.

Namun demikian, bukanlah sesuatu yang mudah untuk beliau sampai ke tahap itu, meskipun telah dijamin syurga untuknya. Perjuangan dan pengorbanan beliau berjihad fisabilillah mempertahankan Islam tercinta, begitu hebat dan mencabar. Jihadnya begitu besar dalam sejarah peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. dan ketokohan Zubair Al-Awwam sebagai salah seorang pahlawan Islam yang terbilang dan terkenal dengan keberaniannya bermain pedang, memang amat-amat dikagumi. Beliau juga dikatakan sangat hebat dalam menunggang kuda.

Keturunan Bangsawan yang disanjung tinggi.

Insan yang mulia, sudah pasti datangnya dari keturunan yang baik. Demikian juga dengan sahabat nabi ini. Beliau adalah sepupu kepada junjungan mulia kita Rasulullah s.a.w. dari sebelah datuknya, iaitu anak kepada Safiyah binti Abdul Muthalib.

Semasa kecilnya, Zubair Al-Awwam telah diasuh dan dididik dengan begitu tegas oleh ibunya Safiyah, yang amat menginginkan anaknya menjadi seorang pemberani sepertinya. Zubair sentiasa dipaksa untuk belajar dan bekerja keras supaya nanti menjadi seorang insan yang kuat dan gagah apabila telah dewasa.

Untuk bacaan selanjutnya dapatkan Majalah Inspirasi Kejayaan Isu 9. Hubungi kami Di Sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + eleven =